NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab 1

Bab 1


IVA memaut lengan Nashrul erat.Seperti tidak mahu di lepaskan saja.Dia tersenyum bangga.Bangga berganding dengan jejaka hansem seperti Nashrul.Ketika itu mereka sedang bersiar-siar di sebuah pusat membeli belah.Banyak barang yang di beli.

“ Nash you tak nak makan ke? I lapar lah.”Iva bersuara manja.

“ Alah you ni. Malam-malam pun nak makan ke?”

“ Iyalah. Petang tadi I tak makan lagi.I nak makan tom yam yang paling sedap sekali.”Iva masih lagi merengek-rengek mahu makan.

Kelakuan Iva mengalahkan budak kecil.Mengada-ngada betul.Nasib badanlah dapat perempuan seprti Iva.Seksi, manja, mengada-ngada semuanya ada.Cukup pakej untuk perempuan seperti Iva.

“ Okey-okey.” Nashrul terpaksa bersetuju.

Selesai membeli-belah Nashrul terus memecut pacuan empat rodanya kearah restoring seafood.Iva ini memang mengada-ngada.Selalu apabila di ajak makan, ada saja alasannya.Takut gemuk. Tapi malam ni laparlah, mahu makanlah. Ada-ada saja.

“ Nash kita makan di restoran Haji Kkassim tau. I pernah makan di situ.Sedap tau tom yamnya.”

“ You pergi dengan siapa? Tak ajak I pun.” Ujar Nashrul seakan-akan merajuk.

“ Alah you ni. Itu pun nak merajuk ke?I pergi dengan Syima.Itu restoran bapa saudaranya.”Iva menerangkan.

Sebenarnya dia bukan pergi dengan Syima, tetapi dengan Fadzil.Ketika sedang enak menjamu selera, dia bertemu pandang dengan Syima yang sedang melayan pelanggan.

“ Betul ni? Tak tipu? Atau you pergi dengan jantan lain.?” Soal Nashrul penuh curiga.

“ Betullah sayang. I tak tipu.You cemburu ya?”

“ Mana ada. I tak cemburu pun.I percaya you keluar dengan Syima.”

“ Love you… sayang.” Iva menarik jari-jemari Nashrul yang ketika itu sedang memegang stereng kereta, lalu di ciumnya.

Nashrul segera parking kereta berhampiran dengan Restoran Haji Kassim.Mereka berdua beriringan menuju ke restoran.Ketika itu meja semua hampir penuh.Mereka terpaksa memilih sudut tengah-tengah yang tak ada priversi langsung.

Sementara menunggu pesanan sampai Nashrul leka memerhatikan tingkah pelanggan yang pelbagai ragam.Tiba-tiba matanya terarah ke arah sebuah meja.Ada dua orang gadis yang sedang enak menjamu selera.Matanya begitu asyik memerhatikan gadis itu yang sedang bergurau senda dengan sahabatnya.

Gadis itu mengambil sesuatu dari mangkuk sahabatnya.Sahabatnya terus saja merajuk.Gadis itu mengambil sesuatu dari mangkuknya dan di pulangkan kepada sahabatnya semula.Mereka sama-sama ketawa bahagia.

Tanpa sedar Nashrul turut menguntumkan senyuman.

“ Hei you senyum dengan siapa?” sergah Iva marah.

Senyuman Nashrul terus mati.

“ Mana ada. I tak ada senyum pun.” Nashrul cuba berselindung.

“ Mata I tak buta lagi tau. I nampak you senyum dekat perempuan dekat meja sana tu kan!” suara sedikit meninggi ketika memarahi Nashrul.

Ada beberapa pasang mata yang menoleh ke arah mereka berdua.Malunya.Dengan selamba Nashrul bingkas bangun meninggalkan Iva keseorangan.Langkah kaki di atur menuju ke arah sebuah meja.



“ Hai!” tegur Nashrul.

Kaisara yang ketika itu sedang enak menjamu selera mengangkat kepala.Dia cukup kenal dengan suara itu.Cuma muka lelaki itu sedikit berubah.Nampak semakin matang.Jelingan tajam segera di hadiahkan kepada lelaki itu.Dia menyambung semula menjamu selera.

“ Hai.” Amal menjawab perlahan.

Amal memandang wajah tampan Nashrul.Semakin matang dan semakin bergaya.

Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang berpakaian seksi.Muka perempuan itu sudah merah menyala persis udang di bakar.

“ Hei you ni sudah melampau tau. You tinggalkan I seorang diri and you pergi menggatal dengan betina lain.” Melengking suara Iva memarahi Nashrul.

“ Yang you nak marah-marah ni kenapa? I Cuma mahu menegur rakan sekolah I dulu.Salah ke?” soal Nashrul kembali.

“ Kalau ia pun mahu menegur, kenapa you tinggalkan i?” iva masih lagi marah-marah.

“ You jangan hendak mengada-ngada. Kalau you tak suka I tegur mereka berdua. You pergi balik sana!” marah Nashrul.

Iva terkesima. Tidak menyangka Nashrul akan meninggikan suara begitu. Dan menghalaunya pulang.

“ Berani you marah i! okey! I balik sekarang!”

Iva terus meninggalkan mereka.Dengan perasaan malu yang menebal dia menghempas pintu restoran dengan sekuat hatinya.Ada beberapa pasang mata ynag melihat aksi Iva sekadar menggeleng kepala.

“ Kenapa tak kejar perempuan tu?” soal Kaisara kasar.

Nashrul segera duduk di sebelah Kaisara.Pertanyaan Kaisara tidak di jawab.

“ You cantik.” Puji Nashrul.

Kaisara yang sedang menghirup kuah tom yam tersedak.Amal segera menghulur gelas yang berisi sirap limau. Dengan rakus Kaisara meneguk air sirap limau itu. Nashrul yang berada di sebelah mempamerkan senyum sumbing.

“ Apa senyum-senyum? Ingat orang suka lah tu!” marah Kaisara masih lagi kasar.

Nashrul masih lagi memandang wajah Kaisara. Dia tidak sangka akan bertemu semula dengan Kaisara setelah bertahun-tahun menamtkan zaman persekolahan. Dan yang lebih dia tidak sangka lagi, Kaisara sudah semakin cantik.Badannya sudah lurus.Kulit yang dulunya gelap sudah semakin cerah dan gebu.

Tidak jemu mata melihat kecantikan Kaisara yang semula jadi.Rasa menyesal pula apabila dia pernah menghina dan menolak Kiasara suatu waktu dulu. Kalaulah dia tahu Kaisara akan menjadi secantik ini, dan lebih cantik dari Iva, sudah tentu dia akan terima Kaisara.

Ohh Kaisara!

Aku sudah jatuh cinta padamu!

“ Sudahlah baik you pergi. I nak balik!”

Tubuh sasa Nashrul di tolaknya.Tetapi kudrat seorang wanita tidak mampu melawan tubuh sasa seorang lelaki.Nashrul pula mengeraskan diri.Dia langsung tidak bergerak dari dudukannya.

Amal menggeleng kepala!

“ Sudahlah Nash, baik you pergi. Kami nak balik.”Amal pula bersuara.

Ketika itu Amal sudah membuat pembayaran untuk makanan mereka.Menyesal pula pilih sudut tepi dinding. Imgatkan hendak dapatkan privisi, rupanya lain yang jadi.

“ Tepi!!!” jerit Kaisara kuat.

Nashrul yang terkejut terus terbangun.Di kesempatan yang ada, Kaisara segera keluar.Terus di tariknya Amal yang tersenyum mendengar suara Kaisara menjerit.

Iva menghempas pintu rumahnya kuat. Marahnya membuak-buak apabila mengingati apa yang di lakukan oleh Nashrul. Malu bukan kepalang.Dia di halau hanya kerana dua orng perempuan yang tak tahu malu itu.

“ Rakan sekolah konon! Entah-entah girlfriend lama.” Marah Iva.



DIA terus masuk ke dalam bilik.Terus terbaring di atas katil empuk miliknya.Fikirannya melayang jauh.

Ikhwal!

Tiba-tiba nama itu yang terdetik di fikirannya. Dia bangun dari pembaringannya. Beg tangan di capainya. Handfonnya di ambil, di tekan-tekan punat pada badan handfonnya itu.

Dia tersenyum apabila skrin handfonnya mengeluarkan perkataan send.

Tidak sampai setengah jam.Lonceng pintu biliknya berbunyi menandakan ada tetamu yang datang pada tengah malam itu.Iva tersenyum.Tika itu dia hanya memakai baju tidur yang nipis.Dia segera menuruni tangga. Pintu di kuak dan terjengol wajah Ikhwal yang hitam manis itu.

“ Cepatnya!” ujar Iva tersenyum.

Tangan Ikhwal di tariknya.Mereka sama-sama menaiki tangga menuju ke bilik utama yang berada di tingkat atas.

2 ulasan:

Dylla Abas berkata...

jln cerita dh ok..tp akk akn terus baca bab seterusnya utk komen2 lain ye..huhu..

yna fazlyna berkata...

thanz kak...yna memang perlukan peng komen..