NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab3

Bab 3


“ Uhh! Penatnya!”Amal mengeluh kepenatan.

‘Kaisara yang sedang lena di ulit mimpi di jelingnya. Amboi-amboi aku penat-penat drive dia syok tidur. Rupanya aku bercakap seorang diri’ desis Amal.

Amal menggeliatkan baadannya.Di pusing kiri, di pusing kanan.Dia terpandangkn sebatang pen bewarna merah yang berada di dashboard.Dia mendapat akal secara tiba-tiba.

Pen yang mempunyai bulu-bulu lembut itu di ambil.

“ Lenanya kau Sara.” Amal berbisik perlahan.

Bulu itu di gesel-gesel di telinga Kaisara.Kaisara bergerak sedikit, geli agaknya.Amal semakin seronok mengusik.Di gesel lagi bulu itu sambil bibir galak mengetawakan Kaisara.

“ Ish! Apa ni!”Kaisara mengomel.Tapi matanya masih lagi terpejam.

Tiba-tiba Amal tersedar.Bulat matanya memandang Amal yang seronok mengetawakannya.

“ Amal Nabilah!”jerit Kiasara kuat.

“ Hahaha…” Amal sudah tergelak besar.

Kaisara terus keluar dari perut kereta.Pintu kereta di tutupnya kuat.

“ Merajuklah tu.” Amal terus membuntuti Kaisara.

Amal menjengah ke ruang tamu, tetapi Kaisara tiada di situ.Di dapur pun tiada. Merajuk sungguh perempuan ni. Amal melangkahkan kakinya ke bilik Kaisara.Dia terdengar bunyi pancuran air.Ohh… tengah mandi.

“ Lega…”

Dia berlalu semula ke dapur.Dua biji mug di atas rak di ambilnya.Dia membancuh nescafe kegemaran Kaisara.Untuknya pula sekadar air kopi.

“ Tak mahulah air kopi. Sudahlah hitam, pahit pula tu.”

Kaisara pernah merungut suatu masa dulu, apabila dia memaksa Kaisara mencuba minum air kopi.Mati-matian dia menolak.Katanya takut hitam.

Ada-ada saja alasan Kaisara untuk menolak dari minum air kopi.

Amal tersedar semula dri kenangan lepas.Dua biji mug di letakkan di atas dulang.Di tatang dulang itu lalu di bawa ke ruang tamu.Di situ dia ternampak Kaisara sedang khusyuk menghadap lattopnya.

“ Sara, buat apa tu?” tegur Amal sekadar berbasi-basi.

“ Tak nakpak ke?” soal Kaisara kembali.

“ Amboi garangnya. Aku tanya je pun nak marah.” Amal sudah tergelak melihat wajah Kaisara yang kelat saja tu.

Amal meletakkan dulang berisi mug di atas meja.Bersebelahan lattop Kaisara.Dia terus berlalu ke bilik untuk mandi dan tunaikan kewajipannya kepada tuhan.

Setelah Amal berlalu.Kaisara mengambil mug yang berisi air. Matanya masih lagi focus di skrin lattopnya. Di hirupnya air itu dengan penuh nikmat. Tiba-tiba…

“ Pahit!!!” jerit Kaisar tiba-tiba.

Amal yang ketika itu sudah berada di dalm bilik terkejut.Bingkas dia menuruni tangga dan mendapaatkan Kaisara yang masam mencuka.Fiqa turut turun setelah mendengar jeritan Kaisara.

“ Kenapa ni? Kaisara?”Soal mereka serentak.

Kaisara memegang mug berwarna hijau, dan bukan berwarna merah.Sah Kaisara sudah tersilap ambil mug.Mug hijau merupakan mug miliknya.Mewakili warna kesukaannya.Dan mug berwarna merah merupakan mug milik Kaisara kerana Kaisara sangat meminati warna merah.

“ Yang kau ambil mug aku ni kenapa?” soal Amal.

“ What ever.” Jawab Kaisara.

“ Kau ni, sudah salah tak mahu mengaku. Ego!” ujar Amal selamba.

“ Cik Kaisara. Aku buat air dua jenis dan dua mug yang berbeza warna.Kau yang salah ambil mug tak tengok-tengok.Main ambil saja.Lepas tu nak salahkan aku pula.”Mrah Amal tiba-tiba.

“ Ada aku salahkan kau ke?” soal Kaisara. Matanya masih setia menghadap lattop.

“ Eh… eh! Kau orang berdua ni. Pasal air pun nak gaduh ke?” Tegur Fiqa.

Dia terus merampas mug dari tangan Kaisara. Lalu di teguknya selamba.Sambil terpejam mata.Dia menuguk air itu.Tiba-tiba dia tersenyum.

“ Sedapnya… ini kau kata pahit. Sedap gila tau.” Ujar Fiqa.

“A,ah sedap gila. Tinggal minum memang lah sedap aja kan.” perli Amal.

Dia terus berlalu meninggalkan Kaisara dan juga Fiqa.Terencat dia mahu mandi tiba-tiba dengar Kaisara menjerit pula.



PINTU pagar rumah di buka dari luar.Tidak lama selepas itu pintu rumah yang berkunci turut di buka seseorang.Terjengol muka Nurul yang jelas keletihan seharian bekerja.

“ Assalamualaikum…” Tegur Fiqa.

“ Alamak. Sorry ye kawan-kawan ku. Aku penat sangatlah. Sehingga lupa hendak beri salam. Berdua aja?Mana Amal?”Nurul terus melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu itu.

Beg kerjanya di letakkan di atas meja.

“Amal mandi.” Jawab Fiqa.

Kaisara masih lagi tekun menghadap lattopnya.Ada ketikanya dia ketawa.Dan ada ketikanya dia serius.

“ Kau ni Sara, seronok sangat ke melayan facebook tu? Kau selalu chat dengan siapa aja ya?” tegur Nurul.

“ Adalah… rahsia. Tapi memang seronok layan facebook ni. Walaupun jauh tetap terasa dekat.” Ujar Kaisara.

Ya. Dia punya sebab mengapa setiap malam dia akan menghadap lattopnya semata-mata untuk laman social facebook. Seronok melayan orang yang tidak di kenali.Tapi sebab yang lagi satu dia tak dapat nak beritahu sesiapa pun termasuk Amal.Kerana ini sudah menjadi rahsianya.

“ Nanti ajar aku ya. Aku ni nama aja belajar tinggi. Tapi aku ni bukannya tahu pun berfacebook ni.” Ujar Fiqa sedih.

Kaisara tersenyum.

“ Jangan sedih-sedih. Nanti aku ajar ya. Tapi sekarang bagi aku layan facebook aku ni dulu. Jangan kacau ya.”

“ Okey.” Jawab Fiqa sedikit keras.

Mereka satu rumah ini tahu.Apabila Kaisara sudah menghadap facebooknya itu. Jangan haraplah dia akan berbual. Sepenuh perhatian akan di tumpukan untuk facebooknya itu.

Amal menuruni tangga. Ketika dia berlalu d sebelah Kaisara dia terlihat Kaisara masih lagi chat dengan orang yng sama. ‘pencinta quesara’ siapa agaknya gerangan pencinta quesara itu. Dia ingin bertanya tentang pencinta quesara tapi dia takut Kaisara marah pula.

Setiapmalam Kaisara akan berfacebook dengan orang yang sama. Ada ketikanya dia tersenyum-senyum seorang diri.

“ Kawan-kawan… hujung minggu ni ada apa-apa rancangan tak?” soal Nurul sedikit teruja.

“ Kenapa Nurul?” soal Fiqa.

“ Hujung Minggu ni kita pergi berkelah nak tak?” usul Nurul lagi.

“ Bagus juga tu. Tanjung balau atau batu layar?” soal Amal pula.

“ Batu layar.” Ujar Fiqa.

“ Tanjung balau.” Ujar Amal pula.

“ Alah… tak mahulah pergi Tanjung balau. Pergi Batu layarlah…” ujar Kaisara.

Dia turut teruja dengan usul Nurul itu.Sudah lama mereka tidak berkelah beramai-ramai.Ialah… masa mereka banyak di habiskan untuk bekerja saja.Mana ada masa nak bercuti.

“ Okey. Aku setuju.” Jawab Nurul.

“ Aku pun” jawab Amal dan Fiqa serentak.

0 ulasan: