NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab 6

Bab 6


MAK Lijah tercari-cari suaminya. Setiap ceruk rumah di selusurinya. Juga tidak kelihatan. Ke mana sajalah suaminya itu pergi. Pagi-pagi sudah menghilang.

“ Bang… oh bang!” laung Mak Lijah.

Tetap tiada yang menyahut.

“ Bang?!” laung Mak Lijah lagi kuat.

“ Iya Lijah. Aku tidak pekak lagi. Tak usah kamu terjerit-jerit pagi-pagi buta ni. Aku ada di belakang ni.” Sahut Pak Kadir dari arah belakang rumah.

“ Satu rumah saya cari, rupanya kamu berada di belakang Abang Kadir oi!” marah Mak Lijah.

“ Saya malas hendak mengajak kamu. Nanti kamu membebel saja. Nyamuklah agas lah. Pening kepala saya nanti. Lebih baik saya pergi seorang diri. Aman.” Ujar Pak Kadir selamba.

“ Apalah abang ni. Saya bukan membebel, tapi betulkan cakap saya. Dekat belakang ni banyak nyamuk. Abang buat apa tu?”

Mak lijah terus bergerak ke belang rumah. Dia berhenti apabila tiba di pangkin. Segera dia melabuhkan punggungnya di situ.

“ Sudah tahu bertanya pula.” Jawab Pak kadir.

Pak Kadir meneruskan kerjan-kerja mencabut rumput. Mujurlah kawasan belakang rumahnya luas. Jadi senang mereka bercucuk tanam. Bukan apa. Saja mahu mengisi masa lapang dengan bercucuk tanam.

Tanaman yang mudah di jaga dan cepat mendapat hasil saja yang di tanamnya. Hasil bercucuk tanam tak pernah di jualnya. Mereka bersedekah kepada jiran-jiran.

“ Kamu duduk diam-diam di dalam rumah saja. Biar saya buat sendiri kerja-kerja ini.” Ujar Pak Kadir.

Dia bukan tidak suka Mak Lijah turut serta di belakang rumah ini. Tapi dia kesian melihat isterinya itu itu apabila di gigit nyamuk lagi pula kulit isterinya itu sensetif. Satu gigitan tapi gatalnya satu badan.

“ Tidak mengapa. Saya temankan Abang.”

“ Suka hati kamulah.” Akhirnya ak Kadir mengalah.

Pak Kadir meneruskan kerja mencabut rumput liar yang tumbuh di atas batas pokok ladanya.

Mak lijah sekadar memerhati saja kelakuan suaminya. Bosan tinggalrumah seorang diri tanpa teman. Kalaulah anak-anaknya ada. Pasti dia tidak bosan. Inilah nasib apabila sudah tua. Tinggal berdua saja di rumah.

Anak-anak semua sudah besar pandai memilih haluan hidup sendiri. Khairi sudah berumah tangga jadi susahlah mahu pulang. Kaisara yang masih bujang pula sentiasa sibuk di kedai. Ada masanya dia akan pulang bercuti. Dan Kairina pula berada di asrama.

Apabila cuti sekolah menjelma barulah anak bongsunya itu akan berada di rumah.

TIBA-TIBA matanya di tutup dari arah belakang. Gelap terasa dunianya.

“ Abang ini sudah tua-tua pun nak main-main lagi. Sudah buka cepat mata saya ini!” marah Mak Lijah.

Pak Kadir menoleh kea rah isterinya. Eh lijah ni tiba-tiba pula hendak marah. Tiba-tiba dia ternampak seseorang di belakang isterinya itu. Tubuh sasa seorang lelaki.

Bibir Pak Kadir lantas menguntumkan senyuman.

Quezairy!

Pak Kadir bingkas bangun untuk mendapatkan Quezairy. Quezairy pantas menegah. Pak Kadir mengangguk faham isyarat yang di beri. Dia tersenyum memandang Quezairy anak yang sangat di rinduinya.

“ Bukan Abang, Lijah. Cuba Lijah teka siapa?” soal Pak Kadir.

“ Khairi…” masih tiada jawapan.

“… Kaisara” senyap.

“ Kairina…” masih lagi senyap.

“ Abang ni jangan main-mainkan saya. Cepat cakap siapa.” Marah Mak Lijah lagi.

“ Takkan awak tak nak teka lagi. Awak terlupa lagi seorang anak kita. Yang jauh dimata… yang sangat awak rindukan.” Pak Kadir cuba membantu isterinya.

“ Takkanlah Ayie…”Mak Lijah bersuara perlahan.

Pegangannya terlepas. Mak Lijah di peluknya dari belakang. Menitisair matanya. Dia tidak menyangka Mak Lijah masih mengingatinya. Dia saja yang sudah lupa. Bertahun-tahun pergi meninggalkan orang yang tersayang.

Mak Lijah menoleh.

“ Astagfirullahallazim… Ayie! Akhirnya kau pulang juga nak.” Ujar Mak Lijah.

“ Syukur… alhamdullilah.” Mak lijah mengucap syukur pula.

Pak Kadir tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Masih tidak berubah. Apabila Quezairy tiada dia menangis. Merindu. Apabila Quezairy di hadapan mata, isterinya masih lagi menangis.

“ Sudah-sudahlah tu Lijah. Budak tu sudah balik. Sudah berada hadapan mata. Tak usah menangis lagi.” Perli Pak Kadir.

Quezairy tersenyum.

“ Apalah abang ni. Saya menangis kerana gembira anak kita sudah balik.”

“ Mak rindu Ayie!”



Mereka bertiga sama-sama masuk ke dalam rumah. Mak Lijah tersenyum bahagia. Dia meninggalkan Pak Kadir dan Quezairy di ruang tamu rumah. Dia bergegas ke dapur. Tudung saji di angkat. Piring yang berisi kuih tepung pelita di keluarkan.

Dia segera membancuh seteko nescafe kesukaan Quezairy. Teko nescafe dan sepiring kuih tepung pelita di letakkan di atas dulang. Dan di letakkan sekali tiga cawan gelas.

Mak Lijah menatang dulang itu keruang tamu.

“ Memang rezeki kamu Ayie. Hari ini kebetulan emak buat kuih tepung pelita kesukaan kamu. Langkah kananlah.” Ujar Mak Lijah.

Dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa embuk di sebelah anak terunanya.

“ Lama kamu pergi…” ujar Pak Kadir sayu.

Quezairy tersenyum.

“ Bukan tak nak balik. Tapi Ayie duduk jauh. Kerja pula banyak. Susah nak balik.” Quezairy sudah berasa bersalah.

“ Mak ingat kamu sudah tak mahu balik ke sini lagi.” Ujar Mak Lijah sayu.

Wajah Quezairy di renungnya. Anak ini sudah banyak berubah. Dulu sentiasa kemasdengan potongang rambut pendek. Tapi sekarang rambutnya sudah panjang separas bahu. Walaupun masih Nampak kemas, tapi tidak manis apabila lelaki berambut panjang.

“ Mana ada… sekarangkan Ayie sudah pulang. Mak boleh tatap wajah Ayie setiap masa setiap saat.” Quezairy cuba bergurau.

“ Eh mana boleh macam tu. Nanti mak asyik menghadap kamu saja, sampai abah pun emak kamu lupa.” Pak Kadir pura-pura merajuk.

Mereka bertiga terus ketawa. Bahagia.

0 ulasan: