NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab 8

Bab 8


WALAUPUN matahari sudah tegak berdiri di atas kepalanya. Tetapi Nashrul masih setia merenung ke tengah lautan. Ketika itu dia sedang bertenggek di atas batu yang terdapat di batu layar itu.

Teman-temannya yang turut serta ke Tanjung Balau sedang berseronok bermandi manda. Bukan dia tidak mahu mandi. Tapi dia belum puas menatap lautan yang indah itu.

“ Nash! Marilah mandi. Kau ni takut air ke?” tegur Fahmi.

Fahmi mengambil tempat di sebelah Nashrul. Dia turut memandang ke tengah lautan. Tiada yang menarik pada pandangan matanya.

“ Aku bukan takut air. Tapi malas nak mandi. Korang nak mandi, pergi lah.”

“ Aku lihat sekarang ni kau jauh berbeza. Kenapa? Apa sudah jadi?”

“ Mana ada pape. Aku biasa aja.”

“ Tak payah nak berdalih lah. Bukan setakat aku, Shah dan Qayyum juga perasan perubahan sikap kau. Kau jauh berbeza. Mana Nashrul kaki perempuan yang aku kenal dulu?” soal Fahmi.

Sudah berkali-kali dia bertanya apa sudah jadi. Tapi tak pernah di jawab oleh Nashrul. Dia lebih seronok berdalih. Biasanya. Apabila mereka berkelah macam ni, Nashrul pasti akan membawa seorang perempuan sebagai teman.

Perempuan yang di bawanya itu pasti bertukar-tukar. Dah macam tukar baju. Tapi sejak kebelakangan ni. Nashrul berubah. Masanya banyak di habiskan di rumah. Dan apabila keluar beramai-ramai, tiada lagi perempuan yang akan mnyelit di sebelah Nashrul.

“ Tiada yang berbeza pun. Aku masih sama. Korang juga yang merungut setiap kali aku bawa perempuan-perempuan tu semua. Ini aku dah tak bawa. Korang marah pula.” Ujar Nashrul sedikit marah.

“ Mana ada marah. Aku bertanya je. Atau ada Sesutu yang berlaku yang aku tak tahu ke?” soal Fahmi lagi.

“ Banyak tanyalah kau ni. Aku biasa aja. Sudahlah aku nak mandi.” Ujar Nashrul. Dia terus berlalu turun. Menyertai teman-temannya yang lain.



“ Mandi pun sudah, makan pun sudah. Seronok pun sudah. Apa kata kalau kita pergi Batu Layar.” Ujar Qayyum ketika mereka sedang berjalan menuju ke kereta.

“ Bagus juga cadangan tu. Tapi nak buat apa pula pergi Batu Layar?” soal Nashrul.

“ Alah. Saja-saja berjalan.” Jaawab Qayyum.

“ Okey. Tapi janji jangan lama-lama. Malam ni aku ada date.” Fahmi sudah bersetuju.

“ Aku ikut aje.” Ujar Shah pula.

“ Nash?”

“ Aku ikut aje.” Jawab Nashrul.

Tidak sampai setengah jam pantai Batu Layar mereka kunjungi. Tiada apa dapat di buat mereka. Sekadar berjalan-jalan. Hendak mandi pun tak boleh. Nanti nak balik tiada baju pula.

Shah menghampiri sebatang pokok yang mempunyai buaian. Dia duduk di atas buaian tersebut. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.

“ Qayyum, bagi aku pisau lipat kau.” Pinta Shah.

“ Kau nak buat apa?”

“ Adalah. Bak sini.”

“ Tangkap.” Qayyum membaling pisau lipatnya kepada Shah. Dengan pantas Shah menangkapnya.

Pisau lipat itu di ambil. Batang pokok yang ada buaian itu di torehnya menghasilkan satu nama yang terpahat di hatinya. Setelah siap. Dia tersenyum puas hati.

“ Kau buat apa tu?” tegur Nashrul.

“ Tak apalah.” Jawab Shah.

“ Nadya?”

“ Em… Nadya.” Jawab Shah.

“ Girlfriend kau ke?” soal Nashrul.

“ Tak adalah. Kawan aja.”

“ Kawan? Kalau kawan takkan kau siap abadikan nama dia dekat pokok ni?” soal Nashrul masih tidak puas hati.

“ Iya kawan. Tak semestinya sudah jadi girlfriend baru nak abadikan nama dekat pokok ni. Aku baru saja kenal dengan girl ni. Tak sampai seminggu pun.” Jawab Shah.

“ Wah Shah! Sejak bila pula kau ada girlfriend ni?” Tegur Qayyum pula.

“ Hah! Ini lagi sorang. Penat aku nak terangkan. Ini bukan girlfriend aku. Tapi kawan aku. Kenal pun tak sampai seminggu.” Jawab Shah lagi.

“ Wah hebatlah tu. Kenal tak sampai seminggu kau dah abadikan nama dia dekat pokok ni. Bak sini pisau tu. Aku nak abadikan nama awek aku pula.” Ujar Fahmi pula.

Tak menyempat dia terus merampas pisau lipat yang di pegang oleh Shah. Dia mengabadikan nama girlfriendnya di pokok itu. Di ikuti Nashrul dan Qayyum pula.

“ Korang tiru aku. Buatlah kat tempat lain. Ini dekat pokok ni juga.” Marah Shah.

Nashrul tersengih. Dia mengabdikan nama Kaisara dan satu nama yang pernah berada di hatinya suatu waktu dulu. Walaupun dia telah memungkiri janjinya. Tapi dia tetap mengingati gadis itu.

Dia masih lagi berteleku di hadapan pokok itu meski pun teman-temannya sudah pergi. Setelah bertahun lamanya dia meninggalkan gadis itu. Tiba-tiba hari ini dia teringat kembali. Dia harus mencari gadis itu dan memohon ampun dan maaf.

‘Maafkan aku. Aku berjanji aku akan mencari kau kembali. Dan kita sambung semula kisah cinta kita yang terbengkalai satu masa dulu.’ Nashrul merintih di dalam hati.

“ Nash!” jerit Qayyum menggil dirinya.

Dia berlalu meninggalkan pokok itu. Suatu masa nanti dia akan membawa gadis itu ke pokok itu.

Ketika dia memasuki kereta Fahmi sudah membebel.

“ Kau buat apa lama sangat?” soal Shah.

“ Adalah.” Jawab Nashrul.

“ Amboi pandai nak rahsia-rahsia pula kau.” Perli Shah.

“ Sejak kau pandai rahsia-rahsia pasal budak Nadya tu lah.” Jawab Nashrul.

“ Lah pasal itu ke? Okey-okey nanti ada masa aku ajak kau pergi jumpa dia.”

0 ulasan: