NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab 9

Bab 9


Hari itu Kaisara lalui tanpa kehadiran Rayyan. Hari itu Rayyan tidak muncul. Ke mana agaknya Rayyan pergi. Menyesal tidak minta nombor telefon bimbit Rayyan. Yang dia ada hanya nombor telefon kedai.

“ Kenapa termenung?” Tegur Nurul.

“ Mana ada aku termenung.” Kaisara cuba berdalih.

“ Iya lah tu. Macam aku tak Nampak. Nak terjojol biji mata kau tenung kereta satria kau tu. Lagi nak berdalih.” Perli Nurul lagi.

“ Kau ni Nurul. Tahu aja aku sedang termenung.”

“ Hah! Kan dah mengaku. Hah bagi tahu kenapa kau termenung?”

“ Aku teringatkan mak aku lah. Sudah lama aku tak balik kampung jenguk mak dan abah aku tu. Apa cerita agaknya mereka tu.

“ Kau ni pun tak patut. Zaman sekarang dah maju. Kan rumah mak kau ada telefon rumah. kau call aja lah.”

“ Bukan aku tak nak call. Nanti aku terlalu rindu sampai aku tak boleh tidur kau tahu.”

“ Iyalah tu tak boleh tidur. Setahu aku kau ni pantang Nampak bantal terus aja tidur.” Tiba-tiba Amal yang baru muncul menyampuk perbualan mereka.

“ Sibuk aja.” Marah Kaisara.

“ Aku memang suka menyibuk tau. Kau aja yang tak tahu aku suka menyibuk.”

Amal terus melabuhkan punggungnya di sebelah Kaisara. Tak lama selepas itu Fiqa pula muncul. Bersama semangkuk buah manga bersama asam. Apa lagi. Kaisara yang sememangnya menyukai sesuatu yang masam terus saja menyuap hirisan buah manga kemulutnya.

“ Sara, pantang nampak buah manga. Makan dah macam orang mengidam.” Fiqa menegur.

“ Biasalah aku.” Dia mengambil buah manga lagi.

“ Tak sabar lah nak tunggu hari ahad. “ ujar Fiqa tiba-tiba.

“ Kena juga sabar. Nanti melepas tak dapat pergi pula.” Ujar Amal.

“A,ah betul tu.” Sempat lagi Kaisara bersetuju dengan kata-kata Amal.

“ Kita bertolak pagi tau. Aku nak berendam puas-puas. Hitam pun hitamlah. Yang penting aku puas berendam.” Ujar Fiqa.

Kaisara sudah tergelak besar. Begitu juga Amal dan Nurul.

“ Kenapa korang gelakkan aku?” soal Fiqa pelik.

“ Bukan ke kulit kau sememangnya gelap?” soal nurul.

“ Choi! Tak baik tau.” Marah Fiqa.

“ Aku gurau aja lah.”

“ Eh korang jangan pandang hina tau orang kerkulit gelap ni. Orang berkulit gelap ini ada ke istimewaan tau.”

“ Bagi aku contoh, apa istimewanya orang hitam?” Soal Kaisara.

“ Bukan hitam lah Sara. Tapi gelap. Orang yang berkulit gelap ini tahan cahaya matahari.” Ujar Fia.

“ Iya ke?” soal Kaisara pelik.

“ Aku pernah kena hina sebab berkulit hitam tau. Sampai sekarang aku ingat kata-kata hinaan dari dia tau.” Ujar Kaisara tiba-tiba.

Amal tersentak. Dia sama sekali tidak menyangka yang Kaisara masih mengingati peristiwa itu. Dia memandang wajah sugul Kaisara. Nampaknya peristiwa itu masih menghantui diri Kaisara sehingga dia masih tidak punya kekasih.

Satu hari nanti dia pasti akan memaksa Nashrul meminta maaf dengan Kaisara. Biar Kaisara melupakan peristiwa itu.

“ Sudah tak payah cerita pasal kulit gelap. Lusa kita kan hendak berseronok.” Amal sengaja mengubah topic.

“ A,ahlah. Kan kita hendak berseronok. Tak usahlah sedih-sedih macam ni.” ujar Nurul pula.

Walaupun dia tidak menetahui peristiwa lampau kaisara. Tapi dia harus menghormati Kaisara. Dia perasan yang muka Kaisara berubah apabila berkata-kata tadi.

“ Aku tak habis cakap lagi… adui!” kata-kata Fiqa terus mati apabila terasa cubitan di pehanya.



Pelanggan ramai pada hari itu. Tidak menang tangan Kaisara melayan pelanggannya itu. Mujurlah ketika hari menginjak ke malam pelanggannya beransur berkurangan. Kaisara baeru hendak melabuhkan punggungnya apabila secara tidak sengaja dia terpandang dua orang lelaki sedang memasuki kedainya.

Dia terus terkaku memandang ke dua lelaki yang sedang tersenyum memandangnya.

“ Hai…” tegur mereka berdua serentak.

“ Hai…” ujar Kaisara perlahan.

“ Dya ini I kenalkan, best friend I Nashrul.” Ujar Rayyan memperkenalkan temannya.

Nashrul menghulurkan tangan. Tapi Kaisara sekadar membiarkan huluran tangan itu di sambut angin bayu. Dia menmandang Nashrul dingin.

“ Hai…” tegur Amal.

Amal datang menyelamatkan keadaan. Tetapi dia pula yang terkaku apabila terpandangkan Nashrul. Apa dia buat di sini? Bersama Rayyan pula tu.

“ Kita harus berbincang!” Ujar Nashrul sedikit keras.

Tangan Amal di tariknya berlalu ke luar kedai. Kaisara tersentak dengan adengan yang berlaku di hadapan matanya. Kenapa pula Nashrul mahu berbincangan dengan Amal?

“ Amal itu kawan awak ke?” Soal Rayyan.

“ A,ah. Tapi kenapa dengan Nash dan Amal?” soal Kaisara kembali.

“ Tadi Nash yang beria-ria mengajak I ke kedai you.”

“You cerita pasal I dekat dia ke?” soal Kaisara.

“ I cerita dekat dia I suka makan cup cakes dekat kedai you. Tak sangka pula dia tahu pasal kedai you ini. And dia yang beria-dia ajak ke kedai you. Katanya mahu beli buku.” Rayyan menerangkan apa yang berlaku.

“ Dan pasal Amal pula bagai mana?” soal Kaisara pula.

“ Oh itu you kena tunggu sehingga dia orang selesai berbincang.” Ujar Rayyan selamba.

“ Lepaslah!” Jerit Amal. Dalam masa yang sama dia cuba melepaskan pegangan tanangan Nashrul.

“ Okey!” bentak Nashrul seraya melepaskan pegangan tangannya.

Amal mengusap-ngusap pergelangan tangannya. Terasa sedikit perit dan sakit.

“ Sakit ke?” soal Nashrul sedikit kasihan.

“ Tidak sesakit hati I yang you buat dulu.” Ujar Amal selamba.

“ Maafkan I Amal.” Ujar Nashrul sayu.

“ Tak payahlah you nak bersedih di atas penderitaan I selama ini. Selama ini penantian I sia-sia saja.” Ujar Amal lagi.

“ Sudah sayang. Maafkan i.” Nashrul merayu lagi.

Amal buat tidak tahu saja.

“ Buat apa I maafkan you? You suruh I tunggu you. I tunggu. Tup-tup you muncul you tergilakan kawan baik i. hari-hari you kirim bunga. Ingat hati I tak terluka? Ha? Ingat hati I tak sakit?” Amal menghamburkan marahnya.

Nashrul terdiam. Tanpa segan silu. Walaupun ketika itu mereka berada di tepi jalan. Nashrul terus melutut di hadapan Amal. Kedua belah kaki Amal di sentuhnya.

“ Maafkan I sayang. I tahu I silap. I lupa you sedang menanti i. kita kahwin. Sudikah Amal Nabila Ashari menjadi permaisuri hidup ku?” ujar Nashrul bersungguh-sungguh.

“ Apa you buat ni?” soal Amal mulai kaget. Beberapa orang sedang memandang ke arah mereka. Kaisara juga menjadi salah seorang penonton tak berbayar.

“ Lepaslah..” marah Amal.

“ Tidak! I tidak akan melepaskan kaki you selagi you tidak menerima pingangan I.” ugut Nashrul.

Amal terdiam.

“ Terima…”

“…terima” penonton takberbayar bersorak menyuruhnya terima pinangan itu.

Lama Amal terdiam sehingga dia terpandangkan Kaisara. Kaisara menganggukkan kepala. Menyuruhnya terima. Dan sebulat suara Amal sudah tahu jawapannya.

“ Baiklah… saya sebagai Amal Nabila Ashari menerima pinangan Ahmad Nashrul Ahmad.” Ujar Amal penuh yakin.

Jawapan Amal mendapat tepukan orang ramai yang menyaksikan adengan yang tak berbayar itu.

Amal tersipu malu apabila dia mulai tersedar Nashrul sedang menyarungkan cincin di jari manisnya. Nashrul bangun dan mencapai tangan Amal. Di genggam erat tangan Amal tidak mahu di lepaskan.

Kaisara dan Rayyan di hampiri.

“ Tahnia!” ucap Kaisara ikhlas.

“ Kau tak marahkan aku?” soal Amal.

“ Semua orang mempunyai rahsia. Tak semestinya kita kawan baik kita kena beritahu segalanyakan.” Ujar Kaisara.

“ Sara, I juga mahu minta maaf kerana pernah menyakiti hati you. And pernah menggangu you dengan bunga-bunga yang mengarut itu.” Ujar Nashrul ikhlas.

“ Tak apa. Sudah lama I maafkan.”

0 ulasan: