NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab4

Bab 4


ESOKNYA.Ketika awal pagi lagi Kaisara sudah mengadakan masyuarat tergempar.Para pekerjanya seramai empat orang di panggil berkumpul di ruangan kafe.Ketika itu KQ Book Shop & Kafe belum lagi beroprasi. Biasanya kedai akan di buka setelah jam menunjukkan ke angka 10.00 pagi.

“ Ada apa ya bos panggil kumpul?” soal Kak Ina.

“ Entah. Aku pun tak tahu.” Jawab Aiman.

“ Bos nak naikkan gaji kita kot.” Ujar Bob pula.

“ Banyaklah kau. Setiap kali bos panggil kumpul, mesti kau cakap naik gaji.Kalau betul taka palah juga.Ini tak.Aku bukan main semangat, ingatkan naik gaji.Rupanya bos tegur disiplin.” Ujar Aiman.

“ Siapa suruh kau dengar cakap Bob ni?” perli Kak Ina.

“ A,ah Kak. Siapa entah yang suruh dia dengar cakap saya.Lepas tu nak marah saya.”Bob mengiakan kata-kata Kak Ina.

“ Pandailah kau Bob. Kau pun sama. Jangan haraplah bos nak naikkan gaji kau.Kedatangan merosot.Ponteng ajalah kerja kau.”Ujar Mahfuzah tiba-tiba menyampuk perbualan mereka.

“ Ehem…ehem!” tiba-tiba Kaisara berdehem. Pekerjanya yang tadi sedang berteka-teki terus terdiam. Focus meraka tertumpu ke arah Kaisara dan Amal.

Amal merupakan bos kedua mereka.

“ Sudah tentu kamu semua sedang berteka-teki kenapa saya buat mesyuarat pagi ni. Okeylah… saya berterus terang saja. Hari minggu ni saya dan Amal tiada. Jadi kamu semua tak boleh ambil cuti.Kak Ina akan ambil tempat saya untuk menguruskan Kedai.” Bicara Kaisara.

Terdengar suara keluhan dari pekerjanya. Polisi kedai itu, setiap hujung minggu dan cuti umum hanya seorang pekerja saja yang akan ambil cuti. Dan biasanya Kaisara dan Amal idak akan cuti pada hari minggu. Mereka berdua hanya akan cuti pada hari bekerja.

“ Kaisara nak ke mana?” Soal Kak Ina.

“ Kami ada hal sikit. Maaflah… cuti kamu di bekukan untuk hujung minggu ini.” Jawab Kaisara.

“ Bos nak kahwin ya?” Usik Bob nakal.

Bob merupakan pekerjanya yang paling muda. Baru berusia 18tahun.Tamat saja sijil pelajaran Malaysia terus aja bekerja di kedainya.Walaupun dia sedikit nakal tapi dia seorang yang bertanggungjawab.Dia merupakan abang sulung yang memikul beban mak dan abahnya.

Dia merupan anak yatim piatu.Mak dan abahnya meninggal sewaktu kemalangan dulu.Hanya Bob dan kedua adiknya yang terselamat.

“ Bob, kalau saya kahwin saya dah jemput kamu semua. Tapi ini hal lain. Lagi satu pengunguman.Yang ni saya rasa Bob mesti suka.”

“ Apa?”

“ Akhir tahun nanti kan sudah cuti sekolah. Jadi saya mahu mengadakan hari keluarga.Kita berkumpul beramai-ramai.”

“ Alah… Bob ingatkan naik gaji. Rupanya hari keluarga.” Bob mengeluh.

Hahaha… mereka terus tergelak mendengar keluhan Bob itu.

“ Kan aku dah cakap. Jangan beranganlah kau Bob.”Perli Mahfuzah selamba.

“ Aku memang suka berangan. Mana tahu jaadi kenyataan.” Bob menjawab selamba.

“ Betul tu Bob. Jadi kenyataan dah angan-angan kamu tu. Saya membuat pengunguman bahawa bulan ini ada bonos untuk kamu semua.”Ujar Amal.

“ Wah…” jawab mereka serentak.

Tidak menyangka ada bonos untuk bulan ni. Mesti bulan lepas mencapai target jualan.

“ Bonos tak lah banyak sangat. Separuh gaji saja.” Ujar Kaisara.

“ Ini pun dah cukup Sara. Separuh gaji pun duet jugak.” Ujar Kak Ina.

“ Betul tu Sara.” Aiman pula bersetuju.

“ Tapi…” kata-kata Bob mati di situ.

“ Tapi apa Bob?” soal Mahfuzah.

“ Kalau boleh aku mahu bonos sebulan gaji. Baru rasa.”

Hahaha… sekali lagi mereka ketawa.

“ Kau ni tak bersyukur langsung.” Marah Mahfuzah.

“ Iyalah… iyalah…”

“ Macam tu lah. Kamu kena terima.Ada rezki lebih, lebihlah bonos kamu.” Ujar Kak Ina.

“ Okey-okey… mesyuarat bersurai hari ni. Sambung kerja.”

Mereka terus bersurai.Kaisara Dan Amal juga bersurai.Amal ke kedai buku, Kaisara ke ruang dapur. Menjenguk Abang roy yang lagi sibuk membuat cup cakes.

“ Hai…”Tegur Kaisara.

“ Hai…”

Kaisara melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terdapat di dapur itu.Dia leka memerhatikan Abang Roy sedang menghias cup cakesnya.Abang Roy begitu kreatif.Tak macam dirinya. Kalau di suruh menghias cup cakes pasti takkan menjadi.

“ Kamu ni tengok-tengok. Kamu mahu cuba hias?” pelawa Abang Roy.

“ Tak mahulah. Sara tak retilah bang.” Kaisara menolak secara baik.

“ Alah, bukan retia tau tidak. Yang penting kesungguhan perlu ada.Kalau kamu bersungguh-sungguh mahu buat pasti kamu boleh.” Ujar Abang Roy.

Walaupun sedikit lembut tapi cita rasa Abang Roy memang tip-top.Sedap-sedap.Memang tak salah dia menggajikan Abang Roy.Bukan setakat cup cakes aja yang Abang Roy boleh buat.Makannan ala barat pun boleh.

Kaisara amat menggemari spaghetti belognes buatan Abang Roy. Sedap..

“ Tak mahu lah.” Kaisara masih lagi menolak.

“ Suka hati kamulah…” Abang Roy terus menyambung kerja-kerjanya yang tertangguh tadi.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba dinding bilik dapur di ketuk seseorang.Terjengul wajah Aiman bersama ros merah. Hah bala sudah datang. Ei!!! Geram betul dengan Nashrul ni. Tak faham bahasa. Dah orang buat tak tahu tu, sepatutnya give up je lah. Ini tidak.Masih lagi menghantar bunga ros merah.

“ Kaisara… bunga untuk awak” ujar Aiman.

Kaisara suduh memuncung.Bunga di tangan Aiman di rampasnya.Dia terus berlalu tanpa sepatah kata.

NASHRUL melangkah ke pejabatnya dengan senyuman.Para pekerjanya di tegur mesra.Sebelum masuk ke dalam biliknya, dia berhenti sebentar di meja secretarynya.

“ Kalau Iva datang, bagitahu saya tiada.” Ujar Nashrul.

Salwati tersenyum faham.Itulah pesanan bosnya setiap hari. Sebelum masuk ke dalam bilik, bosnya sempat berhenti di mejanya dan berpesan perkara yang sama. Dan setiap kali Iva datang dia akan memberi jawapan bosnya tiaada. Dan Iva akan melangkah pulang dengan wajah hampa.

“ Baik bos!” jawab Salwati sambil tabik kepada bosnya.

Nashrul tergelak.

“ Ada-ada saja kamu ni. Kalau Iva datang cakap apa?”

“ Bos tak ada. Jumpe klien.” Jawab Salwati.

“ Bagus. Goog girl!” ujar Nashrul lagi.

“ Tengok oranglah.” Ujar Salwati bangga.

Nashrul sudah tergelak besar.Dia terus berlalu memasuki ruang biliknya.

Hari ini dia terlewat sedikit masuk ke pejabat.Ada urusan di kedai bunga.Macam biasa.Seperti hari-hari sebelumnya.Dia tidak pernah lupa untuk menghantar bunga ke kedai KQ Book Shop & Kafe.

Dia tahu Kaisara sangat meminati warna merah.Dan sebab itu juga dia sering memberi bunga ros merah untuk Kaisara.Walaupun dia tahu Kaisara tidak pernah suka dengan bunga pemberiannya.Tapi dia tidak pernah putus asa. Setiap hari daia kan menghantar bunga ros merah untuk Kaisara.

Tiba-tiba intekomnya berbunyi.

“ Ya Salwati!”

“ Bos ada perempuan cantik mahu jumpa..” usik Salwati.

“ Cantik ke?” soal Nashrul.

Baginya tiada perempuan lain secantik Kaisara. Mempunyai bulu mata yang lentik, mata yang bulat, hidung mancung bak seludang, bibir merah seksi yang sentiasa di hiasi lip gloss dan suara yang serak=serak basah. Begitu menggetarkan sukma.

“ Betul bos. Na…” kata-kata Salwati terus termati.

Dan serentak itu juga pintu bliknya di rempuh dari luar. Terjengul wajah cantik manis Kaisara. Bersama Kaisara ada sejambak bunga ros merah pemberiannya.Bunga itu di campakkan ke atas meja Nashrul.

Nashrul tersentak.Terkejut dengan pelakuan Kaisara yang drastic itu.Dia lantas bangun.

“ Kenapa ni sayang?” Soal Nashrul ramah.

“ kenapa?! I nak you hentikan penghantaran bunga you yang merepek ni. I tak suka you membazir hantar bunga pada i. sebelum kedai buku and kafe I jadi kedai bunga lebih baik you hentikan.Faham!” kaisara sudah menghamburkan marahnya.

“ Tak apalah sayang. I membazir untuk you aja. Bukan untuk orang lain pun.”

“ You ni memang tak faham bahasakan. I kata tak suka! Tak sukalah!”

“ Okey-okey. Jangan teriak-teriak, marah-marah macam ni. Tak manis. Hilang kecantikan you nanti.”

“ You ni kenapa susah sangat hendak faham apa yang I cakap?”

“ Bukan susah. Tapi I dah sayang kan you. I dah jatuh cinta pada you.”

“ I peduli apa dengan cinta you? You dengan cinta palsu you tu boleh jalanlah!” jerit Kaisara kuat.

“ Jangan jerit-jerit sayang malu staff I dengar.”

“ Tahu pun malu?! Hari-hari you hantar bunga ke kedai I tu ingat I tak malu?Hah?!”

Kaisara masih lagi terjerit-jerit.

TIBA-TIBA terdengar tepukan dari arah pintu bilik Nashrul.Terjengul wajah perempuan seksi yang bergandingan dengan Nashrul sewaktu di restoran dulu.Kali ini perempuan itu masih lagi mengekalkan imej seksi.

Bergaun kemban dan high heel. Huh! Dah macam pelacur.Desis Kaisara.

“ Hei you buat apa dekat office boyfriend i?” sergah Iva.

“ Perlu ke I jawab soalan you?” soal Kaisara kembali.

Iva berjalan menghampiri Kaisara.Bahu Kaisara di tolak kasar.

“ Kurang ajar! You cuba rampas boyfriend I ya?” marah Iva pula.

Rambut Kaisara di tariknya kuat.

Kaisara tersentak.Ini sudah melampau.Rambut aku pula di tariknya.Dengan wajah merah menyala mengalahkan singa lapar, Kaisara menarik rambut Iva tubuh Iva di tolak sehingga terduduk.

“ Kau ingat aku heran dengan boyfriend kau ni? Sekali aku petik sepuluh yang datang tau. Kau cakap dengan boyfriend kau yang tak sedar diri ni. Berhenti dari menghantar bunga ke kedai aku.Kau jaga boyfriend kau baik-baik.!”Kaisara menghamburkan marahnya.

“ Dan kau…!” jari telunjuk Kaisara tepat menunjuk kearah Nashrul.

“ Dari dulu sehingga sekarang. Aku tetap akan membenci kau!” bersama ayat Itu Kaisara terus berlalu pergi meninggalkan ruang pejabat Nashrul.

Nashrul membatukan diri.Terkejut.

0 ulasan: