NUFFNANG PUNYA IKLAN

Jumaat, 16 Disember 2011

Kirimkan Rindu BAB 15


BAB 15     
Sejak peristiwa di KQ Book Shop&Café, kelibat Rayyan Shah tidak lagi kelihatan. Kaisara ada juga cuba mendail nombor telefon bimbit Rayyan Shah, tapi hampa. Panggilan dari Kaisara tak pernah di jawab oleh Rayyan Shah.
Apabila di dail nombor pejabat pula, keraninya saja yang menjawab. Sekali lagi Kaisara hampa kerana jawapan yang di terima sentiasa mengecewakannya.
Kaisara mulai risau. Mungkin ada sesuatu yang menimpa Rayyan Shah. Pernah sekali Kaisara membuat temu janji dengannya, tapi di saat-saat akhir temu janji itu terpaksa di batalkan. Hamper setengah jam jugalah Kaisara menanti.
Kaisara tertanya-tanya juga, apa Kaisara ada melukakan hari Rayyan kesehingga dia tidak mahu bertemu mahupun berbual dengan Kaisara.
Malam ituketika sedang menjamu selera di meja makan. Kaisara cuba memberanikan diri bertanya tentang Rayyan Shah dekat Amal. Mana tahu Amal tahu di mana keberadaan Rayyan Shah.
“ Nash adacerita apa-apa tak pasal Rayyan?” Kaisara terus bertanya tanpa berbasa-basi lagi.
“ Rayyan? Tak ada pun. Kenapa tiba-tiba kau bertanya pasal dia pulak ni?” soalan di balas dengan soalan pula. Kaisara mati akal.
Dia terdiam sejenak.
“ Emmm… saja tanya.”
Kaisara bangun dari duduknya. Dia ingin berlalu ke biliknya. Tapi tangannya segera di tarik oleh Amal.
“ Duduk sekejap. Tunggu aku siap makan dulu.” Perintah Amal. Tanpa banyak soal Kaisara kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan Amal.
“ Sebenarnya apa yang dah berlaku ni? kenapa tiba-tiba kau bertanya tentang Rayyan Shah pulak ni?” soal Amal setelah dia menyudahkan makanannya.
Kaisara diam.
“ Sara…” tegur Amal setelah lama Kaisara mendiamkan diri.
“ Iya…”
“ Kau ada masalah ke ni? aku tengok sejak akhir-alhir ni muka kau masam saja. Kau gaduh dengan Que ke? Atau dengan Rayyan?”
“ Tak ada apalah. Okeylah aku nak naik dulu. Dah mengantuk.” Kaisara kembali bangun dari duduknya. Tetapi sekali lagi dia di tegah dari pergi dari meja makan.
“ Sudahlah. Kau tak payah hendak tipu aku. Aku kenal kau dah lam. Sejak kita kecil lagi… mata kau tak dapat nak menipu aku.”
“ Kalau kau hebat, cubalah teka apa masalah aku?”
“ Nak kata Kau bergaduh dengan Que memang taklah. Tapi kalau kau rindukan Rayyan itu mungkin.” Selamba Amal memuntahkan ayatnya yang boleh tahan pedasnya. Kalau Quezairy ada pasti dia sedih.
“ Apa kau ni? tunang aku Que, bukannya Rayyan. Jadi buat apa aku nak rindukan orang lain selain tunang aku? Aku bertanyakan Rayyan ni pun bersebab. Angin tak de rebut taka da. Tiba-tiba Rayyan cuba menjauh dari aku pula. Aku Cuma hendak tahu ke mana Rayyan menghilangkan diri. Itu saja.” Akibat marah dengan tuduhan melulu Amal. Akhirnya terluah juga segala yang di pendamnya.
“ Hah kan bagus macam tu. Luahkan. Ini  tak, kau senyap je. Bila aku dah tuduh macam tu baru nak luahkan.”
“ Dah tu, kau tahu tak Rayyan ke mana? Aku nak bincang dengan dia pasal sing board.”
Amal diam. Sebenarnya dia tahu ke mana Rayyan menghilang. Tapi awal-awal lagi Rayyan dah berpesan supaya jangan di beritahu ke Kaisara di mana dia berada.
“ Entahlah. Aku tak tahu.” Jawab Amal selamba.
“ Tak tahu pulak. Kalau tak tahu cakap lah tak tahu. Jangan tuduh aku sembarangan. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Que di hati aku. Dah lah aku nak tidur.”
“ Sara… nanti dulu.”
Amal sudah mula serba salah.
“ Sara… sebenarnya aku tahu Rayyan dekat mana. Tapi aku dah berjanji dengan dia yang aku takkan bagi tahu kau di mana dia sekarang.”
“ Tak apalah. Kalau dia dah cakap macam tu. Aku naik dulu.”
“ Sara nanti dulu. Aku sanggup melanggar janji aku dengan dia untuk kau. Kau kan kawan aku.”
“ Jadi?”
“ Sebenarnya Rayyan tak ke mana, Cuma dia saja hendak menenangkan diri…”
“ Rayyan nak menenangkan diri? Untuk apa? Perniagaan dia ada masalah ke?” soal Kaisara mulai risau.
“ Sara… nak kata kau ni bodoh, tapi kau belajar tinggi. Masuk university lagi. Nak kata kau ni pandai tapi entahlah. Susah aku nak cakap. Selama dia dekat dengan kau. Duduk dengan kau. Kau tak pernah rasa apa-apa ke?”
“ Rasa apa? Biasa je. Aku tak faham lah. Cuba kau erangkan dekat aku betul-betul bagi aku faham.”
“ Nadya Kaisara ku tersayang… kau tahu tak. Selama ni Rayyan Shah yang kau anggap sebagai kawan tu sebenarnya menaruh hati pada kau. Jatuh cinta dekat kau!”
Zappp!
Jantung Kaisara bagaikan mahu berhenti berdetak. Biar betul? Kenapa selama ni dia tak pernah rasa cinta Rayyan Shah seperti mana dia merasakan kehadiran cinta Que yang begitu hebat di matanya.
“ Apa ni? aku tak suka kau bergurau dengan aku tentang hati dan perasaan oranglah Amal!” marah Kaisara bagi menutup rasa terkejutnya.
“ Hah! Tengok. Kau masih lagi nak menafikannya. Untuk pengetahuan kau. Sejak kali pertama dia terpandang kau. Dia terus jatuh cinta. Tapi dia tak berani nak luahkan. Dia hanya memandang kau dari jauh saja. Lagi satu, saat dia berani nak meluahkan isi hatinya. Saat itu jugaklah dia dapat tahu Que itu tunangan kau. Kau tahu tak bagaimana remuknya hati dia?”
Tak semena-mena air mata yang cuba di tahan mengalir juga…
“ Aku tak tahu… sumpah aku tak tahu yang dia ada perasaan pada aku. Kalau aku tahu…”
“ …Kau akan jauhkan diri dari dia? Macam tu?” sambung Amal tanpa sempat Kaisara menghabiskan ayatnya.
“ Amal… kenapa kau baru bagitahu aku sekarang? Kenapa tak dari dulu lagi?”
“ Aku bukan tak mahu bagitahu kau… tapi aku hormatkan keputusan Rayyan. Dia tak mahu bila dia bagitahu kau tentang perasaan dia. Kau akan jauhkan diri. Sebab aku dah bagitahu dia yang kau anti lelaki. Kau tak suka bermain cinta dengan lelaki. Sebab itulah dia merahsiakannya Sara…”
“ Sudahlah… esok kalau kau mahu berjumpa dengan dia. Kau pergilah bengkel sing board dia. Sejak beberapa hari ni dia banyak menghabiskan masanya di situ.”
“ Thanks Amal… kau lah sahabat aku dunia akhirat.”

Isnin, 27 Jun 2011

Jumaat, 11 Mac 2011

BAB 14

Diam tak diam sudah hampir seminggu Kaisara tak bertemu dengan Ayie. Mereka selalu call dan sms saja. Kadang-kadang bila rindu datang menyapa hatinya pula yang terasa sayu. Tapi hendak buat macam mana. Dia pun sibuk dengan kedai. Tak sempat hendak pulang ke kampung.


Walaupun tak jauh. Memikirkan penat hendak ulang alik. Terbantut terus niatnya nak pulang ke kampung. Dia merupakan orang yang paling malas hendak bawa kereta. Tapi kalau dah terdesak dialah yang paling laju bawak kereta.

“ Sara... Sara” Amal memanggil Kaisara.

Kaisara pantas menoleh. Kelihatan Amal sedang mengatur langkah menghampirinya.

“ Kenapa Amal?”

“ Kau jangan ke mana-mana tau. Sekejap lagi Nash datang.”

“ Lah... Nash yang hendak datang tapi kenapa pula aku yang kena tunggu. Kau nak ke mana?” Kaisara menyatakan rasa tidak puas hatinya.

“ Memanglah dia datang nak jumpa aku. Tapi dia jugak nak jumpa kau.” Amal menerangkan.

“ Alah tak mahulah aku kacau daun.”

“ Bukan kacau daun lah. Nash ni sibuk nak kenalkan kau dengan kawannya yang baru pulang dari luar negara.”

“ Tak mahulah aku. Hati aku ni dah berpunya.” cepat-cepat Kaisara menolak.

Amal terdiam. Dia merenung Kaisara.

Kaisara dah serba salah. Dia terlepas cakap ke. Itu lah pagi-pagi lagi Amal dan Nash mahu menjodohkannya. Kan dah keluar ayat tu. Hari ni dia harus menerangkan perkara sebenar kepada Amal. Biar Amal tak salah faham lagi padanya.

Cinta dia hanya untuk Ayie dan bukan untuk orang lain. Cintanya terlalu utuh sehingga tiada lagi lelaki lain yang boleh merebut tempat Ayie di hatinya tika ini.

Lagi pula. Mana boleh dia berkenalan dengan kawan Nash tu. Sedangkan lagi 2 bulan dia akan di satukan dengan Ayie kekasih yang di pujanya selama ini.

Mungkin ini lah saatnya dia memberitahu Amal tentang kewujudan Ayie di hatinya.

“ Aku ada sesuatu yang harus aku beritahu pada kau. Bukan aku nak menolak. Bukan jugak aku sombong tapi aku ada alasan yang kukuh untuk menolak kawan Nash mahupun mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan aku.”

“ Kenapa pula. Cuba berterus terang saja. Tak lama lagi aku akan menikah. Aku juga nak kau bahagia ada teman lelaki dan menikah sama. Takkan aku nak bahagia sendiri je. Kau jadi macam ni pun di sebabkan aku dan Nash. Bagilah kesempatan untuk kita orang tebus kesalahan kita orang tu.”

Kaisara tersenyum.

Bahu Amal di sentuhnya. Amal begitu baik dengannya.

“ Bukan salah kau ataupun Nash. Tapi aku ada alasan tersendiri kenapa selama ni aku jauhkan diri dari lelaki. Aku bekukan hati ni dari di sentuh lelaki. Aku jugak tak salahkan kau dan Nash. Ni semua ketentuan ilahi. Aku jugak tak mahulah kau dan Nash rasa bersalah pada aku.”

“ Habis tu. Kenapa? Cuba bagitau aku. ”

“ Kau ingat tak masa Nash tolak cinta aku dulu?” soal Kaisara.

Amal angguk.

“ Masa Nash menolak cinta aku. Masa tu jugaklah mama aku meninggal dunia. Kau pun kenal mama kan. Dia baik dengan aku. Dia dah anggap aku ni macam anak dia. Tapi sapa tahu di saat aku bersedih di tolak di saat tu jugaklah mama pergi tinggalkan aku.” tiba-tiba dadanya sebak mengingati peristiwa lalu.

“ Apa kena mengena dengan semua ni Sara?”

“ Ada kena mengena. Masa tu jugaklah aku di lamar dan aku terus bertunang.”

“ What? Bertunang? Biar betul!”

Amal sudah terkejut beruk. Dia memandang Kaisara seakan tak percaya.

“ Betul Amal. Aku dah bertunang. Cuba kau lihat cincin ni...”

kaisara menunjukkan cincin yang berada di jari manisnya.

Cantik.

“ Ini cincin dari mak mentua aku. Dia yang sarungkan kat jari aku ni.”

“ jadi kau dah bertunang lama. Jadi kenapa kau tak menikah lagi?”

“ Siapa tunang kau tu?” soal Amal lagi tak sabar menanti jawapan.



Nashrul dan Que berjalan seiringan memasuki KQ BOOK SHOP&CAFE. Serta merta wajah Que berubah pucat setelah terpandangkan dua orang wanita yang berada di dalam kedai itu. Dia melihat keadaan begitu tegang.

“ Ayie...” tegur wanita itu.

“ Eh! Korang dah kenal ke?” soal Nashrul pelik.

“ A,ah Sara. Kau kenal ke? Siapa ni Nash. Jangan cakap...”

“ Iya Amal. Dialah tunang aku. Quezairy. Dialah yang aku cerita dekat kau tadi. Dialah juga lelaki yang dah kunci hati aku dari mana-mana lelaki.”

Akhirnya Kaisara berjaya juga membuka rahsia yang di simpan selama bertahun-tahun ni.

Nashrul dan Amal sudah terpempan mereka berdua benar-benar terkejut.

Kaisara menghampiri Ayie yang sudah berwajah pucat. Kalau di toreh pun belum tentu keluar darah. Lengan Ayie di rangkulnya.

“ Wait... wait. Apa ni? Aku tak faham. Que cuba terangkan pada aku!” tanya Nashrul kebingungan.

“ Dia lah tunang aku yang selama ni dah buat aku berangan tak sudah. Yang aku mimpi-mimpikan selalu.” akhirnya Quezairy bersuara juga.

“ Jadi bukan sebab Nash, Sara anti lelaki? Buakn sebab kata-kata hinaan Nash?” soal Nashrul lagi.

Kaisara dan Quezairy sama-sama tersenyum.

“ Ya. Buakn kerana Nash dan Amal. Tapi kerana Ayie. Ayie yang dah mengunci pintu hati Sara. Lepas Nash hina dan tolak cinta Sara.sara rasa kecewa sangat. Tapi Ayie datang pujuk Sara. Dia buat Sara gembira semula. Dia buat Sara bersemangat kembali. Sehinggalah mama tenat dan...” Kaisara tak sanggup menghabiskan kata-katanya. Air mata sudah laju mengalir.

“ Mama aku dah wasiatkan supaya aku dan Sara di satukan. Cincin ni... mama aku yang sarungkan di jari Sara sebelum dia menghembuskan nafaznya yang terakhir.” jari Sara di genggamnya.

“ Alhamdullillah... aku dah tak rasa menyesal sekarang ni. Buat penat saja aku dan Amal nak satukam kau orang berdua. Rupanya kau orang dah kenal lama dan dah bertunang pun.” Nashrul melahirkan rasa syukurnya.

“ Kita orang pun nak minta maaflah sebab dah buat korang rasa bersalah dan menyimpan rahsia ni.” ujar Kaisara.

“ Pandai betul korang rahsiakan. Melepaslah Rayyan Shah.”

Nashrul sudah tergelak.

“ Kesian Shah!”

“ Tak pa. Nanti kita carikan Shah kekasih.” ujar Quezairy.

“ Betul?”

“ Iya Ara. Nanti Ayie carikan.”

Mereka sama-sama tergelak.



Mereka tak sedar ada mata yang menyaksikan drama itu. Orang itu terus berlalu dengan hati yang pilu.

Isnin, 7 Mac 2011

cerpen: PUJAAN HATI

Linda memandang dari jauh saja jejaka pujaan hatinya itu. Dia tidak lah terlalu memuja. Tapi cukuplah sekadar meminati. Biarlah apa orang nak kata. Ada dia kisah. Dia meminati Farid sejak dia menjejakkan kaki ke sekolah ini lagi.


Walaupun dia pelajar baru. Tapi dia tak mahulah mencari masalah dengan memburu cinta Farid yang sudah semestinya mempunyai ramai peminat. Dia lebih sesuai menjadi peminat dalam diam.

Pernah sekali dia terlepas laku dengan secara tidak sengaja dia telah merenung tajam kearah pasangan Farid dan Shima. Aira sahabat barunya menegur pelakuannya itu. Tapi sepantas kilat dia menafikan. Dan kebetulan Ashraff yang berada berhampiran pasangan Farid dan Shima menjadi mangsanya.

Kalau mengikut umur dia masih belum layak untuk mempunyai pasangan. Lagi pun tujuan dia di hantar ke sekolah bukan untuk mencari menantu untuk ibu. Tetapi mencari ilmu untuk membantu ibu satu hari nanti.

Berkali-kali juga ibu berpesan supaya dia belajar rajin-rajin dan jangan sesekali bermain cinta. Buruk padahnya kalau bercinta waktu sekolah ni.

Hari itu meupakan hari merentas desa di sekolahnya. Ikutkan hati dia tak mahu turut sama. Tapi dia tak ada alasan kukuh yang membolehkan dia di kecualikan dari larian merentas desa tu. Jadi mahu atau tidak dia tetap kena turut serta.

Aira dan Ashraff lah yang beria-ria memberi kata semangat untuknya sama-sama turut serta.

“ Alah join jelah. Tak rugi pun kau ikut kami. Bukan suruh lari laju-laju pun.” pujuk Ashraff lagi untuk yang kesekian kali.

Linda masih lagi membatukan diri.

“ A,ahlah Lin. Join je lah. Kalau kau penat kita jalan je. Bila dah kurang penat kita joging tak pun berlari. Tak susah pun.” pujuk Aira pula.

Ish! Budak berdua ni memang pasangan yang secocoklah. Dua-dua sibuk mahu dia turut serta. Dia bukan tak mahu join. Tapi dia takut nanti dia pancit separuh jalan. Sewaktu di sekolah lamanya dia masih boleh beri alasan dan ponteng sekolah.

Di sekolah ni dia tak mahu lah cari penyakit.

“ Alah korang ni. Kalau aku tak join pun acara tetap berlangsung pun kan. Langsung tak beri kesan apa-apa pun kan.” Linda masih lagi beri alasan.

“ Kau ni memang!” bentak Aira tiba-tiba. Dia terus berlalu keluar dari kelas meninggalkan Linda dan Ashraff yang dah tercengang-cengang.

“ Tu lah kau. Kan Aira dah merajuk. Baik kau pujuk dia.”

Linda memandang Ashraff. Perlu ke dia meminta maaf.

“ Cepatlah Lin!” gesa Ashraff lagi.

Di sebabkan gesaan itulah Linda bangun dengan paksa pergi mengejar Aira yang sudah merajuk keluar dari kelas. Tiada tempat lain yang akan Aira tuju selain dari tandas. Tempat syaitan bertandang jugaklah yang seronok di buat lepak.

Dengan langkah perlahan Aira terus menerjah masuk ke dalam tandas. Langkahnya mati apabila dia bukan melihat Aira tapi makhluk lain di dalam tandas. Cepat-cepat dia keluar dari tandas. Kelihatan huruf L yang agak besar berada di dinding pintu masuk.

Secara tiba-tiba pipinya bertukar merah. Malu yang amat sangat. Rupanya dia silap masuk tandas.

Makhluk itu pun sama keluar dari tandas. Linda cepat-cepat angkat kaki mahu pergi ke tandas perempuan yang berada betul-betul sebelah tandas lelaki. Namun dengan tiba-tiba tangannya di rentap dari belakang. Mujur juga dia tak terjatuh menyembah bumi.

“ Apa yang kau nampak tadi?” soal makhluk itu.

Linda diam tapi kepalanya sudah tergeleng-geleng. Sebenarnya dia terkejut dengan rentapan yang kuat itu.

“ Kau ni bisu ke? Aku tanya apa yang kau nampak tadi?” soal makhluk itu lagi sedikit tinggi nada suaranya. Buat Linda kecut perut saja.

“ Tak... saya tak nampak apa-apa.” Linda bersuara takut-takut.

“ Bagus. Kalau aku tau kau bagitahu cikgu apa yang kau nampak tadi siap kau!” makhluk itu memberi amaran keras kepada Linda.

Linda yang dah kecut perut apa lagi. Cabuttt!

Nafaznya turun naik akibat takut yang amat sangat.

“ Eh! Kau dah kenapa?” tanya Aira yang sedang santai di hadapan cermin yang berada di dalam tandas sekolah tu.

Linda tak dapat bersuara. Dia sekadar menggeleng kepala. Nafaznya masih lagi turun naik. Dia menarik nafaz tiga kali dan hembus. Setelah itu barulah dia kembali ok.

“ Kau ni dah macam nampak hantu je. Kau ok tak ni?” soal Aira lagi mulai risau.

Memanglah tadi dia terdengar suara orang di luar tandas. Tapi dia malas nak ambil tahu. Lagi pun dia takut guru yang bertugas sedang cek tandas. Jadi dia membatukan diri di dalam tandas.

Tak lama selepas tu dia ternampak Linda masuk ke dalam tandas dengan nafaz yang tercungap-cungap.

“ Tak ada apa lah. Tadi ada cikgu. Tu yang aku sesak nafaz tu. Nasib baik tak kojol tau.” sekali lagi dia menafikan sesuatu hal.

“ Oh! Patutlah tadi aku dengar suara lelaki.”

Linda mengurut dadanya. Huh! Lega!

“ Kau ok tak ni? Aku minta maaflah. Ok aku janji aku akan turut serta dalam acara tu esok. Tapi aku kena janji sesuatu dulu.”

“ Amboi... pandai kau nak kena kan aku semula ya. Hah kau nak aku buat apa?”

“ Mudah je. Aku nak kau janji yang kau takkan biarkan aku lari sorang-sorang. Kau kena ada di samping aku je sepanjang larian esok. Amacam?”

“ Lah kau ni... klau aku tak lari dengan kau. Aku nak lari dengan sapa?”

“ Alah mana tahu kau nak lari dengan Ashraff...”

“ Ei! Tolong ckit ea. Aku lebih rela lari dengan kau dari aku kena lari dengan dia tu.”

“ Tak baik tau kau cakap macam tu. Aku tau dalam hati kau suka dia kan?”

“ Lah apa ni. Ea dah lari tajuk ni. Dah jom masuk kelas nanti lewat cikgu Suzeyah mengamuk pulakkan.”

langkah di atur memasuki ke kelas. Mujur juga cikgu Suzeyah masih belum masuk kelas. Dan kali ni mereka selamat lagi.



Hari yang di tunggu-tunggu oleh Aira dan Ashraff tiba juga. Pagi-pagi lagi dorang dah menghantar sms untuk memastikan yang dia akan turut serta, dan seperti yang di janjikan dia tetap juga turut serta meskipun hatinya was-was.

Sebelum larian rentas desa bermula. Cikgu Zainoren mewakili cikgu-cikgu yang lain telah menjadi ketua dalam acara senaman ringan. Sementara memanaskan badan tu. Mata Linda masih lagi tidak lekang memandang ke arah Farid.

Dia seronok memandang Farid dari jauh. Untuk mendekati Farid jauh sekali. Dia tidak akan sesekali mendekati Farid seperti perempuan-perempuan lain. Dia lebih sesuai memandang dari jauh saja.

Setelah itu matanya melilau memandang ke pelajar-pelajar lain yang turut sama memanaskan badan. Matanya terhenti pada Shima. Tersentak dia apabila panahan mata Shima begitu tajam sekali. Dia terus memandang ke arah lain.



“ Satu... dua... ti..ga..!” pelajar-pelajar di lepaskan.

Aira dan Linda seperti yang di janjikan mereka berkepit dua orang. Berjalan. Berhenti. Berjoging lepastu berjalan laju dan berhenti. Begitulah mereka seterusnya sehinggalah tiba-tiba mereka sudah berada di belakang kumpulan Hotties gurl. Linda perasan yang mata Shima begitu galak merenungnya. Tapi macam biasa dia akn melarikan pandangannya.

Tiba di chek point. Sesuatu yang tak di sangka Farid yang menjaga chek point itu. Linda dengan wajah yang merona merah menghampiri Farid untuk di pakaikan gelang menadakan dia sudah melepasi chek point di situ.

Sebelum gelang putih itu di pakaikan di pergelangan tangannya. Dia terasa sakit apabila Farid tiba-tiba menggenggam pergelangan tangannya kuat. Mata Farid pula galak merenung ke dalam matanya.

“ Cepatlah Farid!” Jerit Aira yang perasan pergelangan tangan temannya di genggam kuat oleh Farid.

“ Sorry... sorry!” ujar Farid.

Linda hanya mendiamkan diri.

Gelang putih sudah berada di tangan. Dengan langkah bismillah Linda memulakan larian rentas desanya. Baru dua tiga langkah dia meninggalkan Farid tiba-tiba...

“ Linda!” selepas itu dia sudah tak dengar apa-apa lagi.



Dia tersedar dari tidurnya yang panjang apabila dia terdengar suara orang sedang meminta maaf dan menagis-nangis. Linda pelik. Kenapa suara itu kedengaran begitu sayu dan sedih sekali. Buat apa suara itu meminta maaf dengannya sedangkan suara itu tidak di kenalinya.

Walaupun dia sudah bangun. Tapi dia sengaja mahu mendengar lagi suara itu meminta maaf.

“ Maafkan saya awak... saya thu saya salah. Kalau saya tak genggam tangan awak munkin awak takkan pengsan. Awak.. bangun lah. Saya rindu renungan mata awak yang penuh makna tu. Saya rindu kan awak... walaupun awak tak pernah luahkan. Tapi saya tahu awak sukakan saya. Awak... kenapa awak buat saya macam ni... awak kenapa awak siksa hati saya macamm ni. Awak bangunlah...” suara tu kedengaran sayu sekali.

Tiba-tiba dia terasa ada air hangat yang menitik di jarinya yang di genggam oleh tuan empunya suara. Kalau dah sampai menangis ni dah kes lain ni.

Bersusah payah Linda berusaha membuka matanya.

Hah! Ambik kau.

Kelihatan seorang lelaki yang matanya sudah basah dek air mata. Tak pernah dia melihat ada lelaki yang mahu menangis kerananya. Dan hari ini. Dia tak menyangka pujaan hatinya itu mengalirkan air mata untuknya.

“ Awak...” Linda bersuara perlahan. Dan...

“ Sayang awak!” ucap lelaki itu seraya memeluk Linda dengan erat seeratnya.

Linda tercengang-cengang. Dia cuba menolak tubuh lelaki itu namun hampa. Apa kes pujaan hatinya itu tiba-tiba mengatakan sayang. Apa pujaan hatinya itu silap orang. Ke rupa aku ada rupa Shima sehingga pujaan hatinya itu silap orang.

“ Saya silap dengar ke wak?” tanya Linda.

Pelukan di lepaskan.

“ Tak... awak tak silap dengar. Saya betul-betul sayangkan awak sejak hari pertama awak jejakkan kaki di sekolah ni.” ujar pujaan hatinya.

Serasa mahu pengsan dek ucapan yang keluar dari mulut pujaan hatinya. Ahhh! Tak mau pengsan lagi. Sekarang baru dia tahu yang dia tak bertepuk sebelah tangan. Dan dalam bercinta harus laluinya dengan sabar.

p/s: ceritera merepek ini dikarang oleh
 
miss yna syafique

Sabtu, 12 Februari 2011

KIRIMKAN RINDU Bab 13

BAB 13


Kaisara ingin melangkah masuk ke kedainya. Tapi langkahnya terbantut apabila dia dengan tidak sengaja terpandangkan papan tanda kedainya yang dah semakin usang. Langsung tiada seri. Apa sudah jadi ni. Kenapa sebelum ni dia langsung tak ambik kisah pasal papan tanda ni.


Aku mesti ganti papan tanda yang baru, yang boleh tarik lagi ramai pelanggan singgah dan beli buku. Desis hati Kaisara.

“ Amal!” Kaisara memanggil Amal yang ketika itu sedang menyusun buku di rak-rak.

“ Ada apa, Sara?” soal Amal yang terkocoh-kocoh menghampiri Kaisara.

“ Aku ingat nak ganti papan tanda barulah. Apa pendapat kau?”

“ Aku setuju sangat-sangat. Lagi pun papan tanda kedai ni dah lama tak berganti. Kali terakhir kau ganti pun, masa kedai buku di gabungkan dengan kafe. Dah lama sangat tau.”

“ Okey, nanti aku cari mana-mana kedai yang boleh buat papan tanda yang cantik dan menarik minat lebih ramai pelanggan singgah ke kedai ni.”

“ Buat apa kau susah-susah cari. Rayyan kan ada. Alah buat-buat tak tahu pulak. Kau tinggal call je dia. Aku pasti sangat dia boleh tolong kau.” selamba saja Amal berkata begitu.

Dia tahu. Di sebalik hati Kaisara yang penuh tembok tu, mesti dia punya hati dekat lelaki.

Malam tu, ketika Kaisara ingin menambah kuah Tom Yam. Secara kebetulan Rayyan Shah juga ingin menambah sama. Dengan tidak sengaja. Tangan Rayyan Shah terjatuh di atas tangan Kaisara.

Mata mereka terus berpandangan satu sama lain. Lama sehinggalah mereka tak sedar ada orang lain di meja itu.

“ Ehem... ehem...” tiba-tiba Fiqa berdehem dan mematikan keasyikkan mereka memandang antara satu sama lain.

Kaisara yang dah termalu sendiri cepat-cepat menarik tangannya semula. Dan Rayyan Shah buat selamba saja. Seperti tak ada apa-apa yang berlaku.

Dengan selamba Rayyan Shah mencedokkan kuah dan isi Tom yam ke dalam mangkuk Kaisara. Banyak pulak tu.



Deringan telefon yang bertalu-talu tu betul-betul mengganggu kerja Rayyan Shah. Hai kenapa lah kau berbunyi bila aku tengah sibuk nak buat kerja.

Ganggang telefon segera di angkat.

“ Tengah sibuk ni. Call lain kali.” terjah Rayyan Shah. Tanpa sempat pemanggil hendak beri salam.

“ Maaflah kalau dah mengganggu.!” talian terus di matikan.

Rayyan Shah pula yang terkaku setelah talian telefon di matikan.

Panggilan ni yang aku tunggu-tunggu. Tapi kenapa bila dia dah call aku boleh cakap macam tu pula. Cepat-cepat Rayyan Shah redial semula. Tapi hampa. Talian dah di matikan.

Rayyan Shah terus terduduk hampa.



Nashrul masih tekun menghadap kerja-kerjanya. Meskipun jam sudah menginjak ke jam 5.00 petang tapi Nashrul tak kisah. Yang penting dia mesti siapkan kerjanya hari ni juga. Dia tak mahu tangguh-tangguh kerja lagi.

Salwati pula sudah menjeling-jeling bosnya yang masih lagi setia di meja kerja. Masih lagi tiada tanda-tanda mahu pulang. Dah pukul 5.00 petang tapi bosnya tu masih lagi tak pulang-pulang. Apabila mengingatkan kata-kata amaran bosnya. Mrembuatkan dia kecut perut nak pulang dulu sebelum bosnya.

' Jangan balik sebelum saya!'

ada kang gajinya di potong gara-gara dia balik dulu sebelum bosnya.

Bos nya ni bukan betul. Bila mood bosnya tu okey, boleh lah mereka bergurau senda. Bila mood bosnya tak okey. Satu office sunyi sepi. Tak da sapa yang berani bersuara.

Tak boleh jadi ni. Dia mesti pulang dulu. Hari ni dia ada janji temu dengan tunang tersayang. Dah lama dia mengabaikan tunang tersayang gara-gara dia selalu kerja lebih masa.

Tok! Tok! Tok!

“ Masuk!”

Salwati berjalan menghampiri meja bosnya.

“ Iya Salwati. Kenapa tak balik lagi?” soal Nashrul sambil melirik ke jam tangannya. Dah jam 5.15 petang ni.

“ Ni lah masalahnya bos. Saya kena pulang dulu. Hari ni saya tak dapat nak temankan bos. Boleh tak bos?” soal Salwati sedikit takut-takut.

“ Apanya yang tak boleh? Balik je lah. Dah lewat dah pun.” ujar Nashrul selamba.

Salwati memandang bosnya tak percaya.

“ Betul ni bos?” soal Salwati tak percaya.

“ Iya. Saya minta maaf lah sebab tak bagitahu awal-awal. Hari ni saya balik lewat. Tapi awak tak perlu teman. Saya tengah tunggu sahabat saya yang baru balik dari luar negara.”

“ Lahhh! Bos ni. Kenapa tak cakap awal-awal. Penat je saya tunggu. Kalau macam tu saya balik dulu lah. Dah lewat ni. Malam nanti ada date ni.”

“ Dah. Pergi balik sana. Saya nak siapkan sikit kerja sambil tunggu kawan saya tu.”

“ Amboi bos. Halau nampak. Balik ar macam ni!”

“ hahaha... kamu ni ada-ada aja.”

Salwati terus berlalu. Bibirnya masih lagi tidak lepas dari senyuman.

Setelah pintu biliknya di tutup Nashrul kemablik membuat kerjanya yang tertangguh tadi. Apabila pintu biliknya di ketuk, bibirnya lantas tersenyum. Dia terus berdiri. Tak lama setelah dia memberi keizinan pintu pun di buka lagi lua.

Kelihatan seorang lelaki masuk ke ruangan biliknya.

“ Que! Apa khabar?” soal Nashrul.

Mereka bersalaman.

“ Sila...”

Que terus melabuhkan punggung setelah di suruh Nashrul.

“ Aku sihat. Kau pulak apa khabar? Banyak perubahan yang berlaku selepas kau pulang ke Malaysia ya.” Ujar Que mengulas perubahan yang berlaku pada Nashrul.

“ Aku pun sihat. Mana ada berubah. Sama je macam dulu. Cuma...” Nashrul terdiam.

“ Cuma apa?” Soal Que ingin tahu.

Nashrul terdiam sejenak.



“ Tak terlalu awal ke?” Soal Amal.

Dia benar-benar terkejut dengan lamaran Nashrul itu. Ketika itu mereka sedang bersantai di hadapan Danga bay. Setelah dia menerima lamaran dari Nashrul, mereka berdua terus meninggalkan kedai. Dan Nashrul membawanya ke Danga bay ni untuk menyelami hati masing-masing.

“ Taklah. Dah terlalu lama kita membazir masa dan waktu. Sekarang dah tiba masa untuk kita menikah. Tak payah tunang-tunang. Nikah je terus. Habis cerita.” usul Nashrul lagi.

Amal Nabila hanya merndiamkan diri. Hendak di tolak salah. Hendak terima salah. Sebenarnya dia tak tahu nak terima atau tak.

“ Nash bagi Amal masa. Takkan kita nak nikah tergesa-gesa?”

“ Bukan tergesa-gesa sayang. Tapi Nash nak tebus balik dosa-dosa Nash tinggalkan Amal. Kita nikah ye?” sekali lagi Nashrul cuba memujuk.

“ Tak ada dosa antara kita pun. Amal dah maafkan Nash. Ada baiknya kita bincang dengan keluarga kita dulu. Mana tahu dia orang tak setuju.”

“ Okeylah kalau Amal dah cakap macam tu. Nash terima.”



“ Nash!” tiba-tiba Nashrul tersedar apabila namanya di panggil.

Dia kembali ke alam nyata.

“ Eh! Sorry... kau cakap apa?” soal Nashrul ingin menutup malu.

Que sudah tergelak.

“ Sejak bila kau pandai berangan ni semua? Dulu masa aku selalu berangan kau selalu gelakkan aku. Kau kata aku tak macholah tak jantanlah. Tapi sekarang...”

“... Sendiri mahu ingatlah.” sambung Que lagi.

“ Tak adalah. Aku cuma teringatkan seseorang.”

“ Boleh aku tahu kau teringatkan siapa?”

“ Kau ingat tak aku pernah cerita pasal budak gemuk ni?”

“ Oh! Budak yang kau kata sukakan kau. Tak sedar diri tu. Hah! Kenapa?”

“ Baru-baru ni aku terserempak dengan dia. Fuhlamak! Dia makin cantik kau tau. Cun gila!”

“ Cun ke? Bukan ke kau kata dia gemuk. Dia hitam?”

Seingat Que. Dulu Nashrul pernah cerita pasal seorang perempuan ni. Budak perempuan ni suka dekat Nashrul. Tapi Nashrul tolak di sebabkan fizikal luaran yang tak menarik.

“ Memanglah tapi tu dulu. Sekarang dia dah kurus, dah cantik.” puji Nashrul lagi.

“ Tulah kau. Dulu kutuk-kutuk. Sekarang kau pulak yang gila bayang. Sampai berangan-berangan ni semua.” perli Que selamba.

“ Banyaklah kau punya berangan. Aku bukan berangankan dia. Memanglah aku suka dekat dia. Hari-hari aku bagi dia bunga. Kau ingat lagi Iva? Yang aku dengan Rayyan rebutkan tu?”

“ Kenapa?”

“ Hah! Di sebabkan hari=hari aku bagi bunga. Agaknya dia tak tahan tu yang dia datang office aku. Masa dia marah-marahkan aku ni. Tiba-tiba si Iva ni datang dan cari gaduh.”

“ Habis diaorang bergaduh kat sini lah? Sapa yang menang?”

Seronok pula Que mendengarnya. Di sebabkan lelaki, orang perempuan boleh bergaduh.

“ Eh kau ni aku tak habis cerita kau dah menyampuk. Dia orang bergaduh. Tapi teruk si Iva tu kena belasah.”

“ Dashat ar. Iva yang terkenal dengan sifat kaki gaduh tu boleh kalah?”

Iva memang terkenal di universiti mereka. Kalau kekasih dia di kacau Iva akan bawa konco-konconya dan orang yang kacau pakwe dia tu akan di belasah.

“ Memang kalah pun. Tapi satu ayat dia yang aku tak boleh lupa. 'dan kau, dari dulu hingga sekarang aku tetap akan bencikan kau!' di sebabkan ayat tu lah aku tersedar yang aku takkan dapat memiliki hati dia.” akahiri Nashrul.

“ Alahai kesiannya kawan aku ni. Mesti kecewa sangat bila di tolakkan. Dulu kau tolak dia sekarang dia tolak kau. Memang padanlah dengan muka kau.” ujar Que selamba.

“ Peh mulut kau. Aku tak kecewalah. Di sebabkan dialah aku tengah menjejaki kebahagiaan ni.”

“ Lah bahagia kenapa? Kau nak kawin ke?” soal Que.

“ Mana tau ni? Aku nak kawin. Tapi calon aku ni belum bagi keputusan lagi. Dia suruh datng rumah jumpa famly dia. Bincang elok-elok.”

“ Sapa calon kau tu?”

“ Dia tu kawan baik budak cun tu lah.”

“ Oh! Memang patut pun calon kau tu buat macam tu. Kau ni memang kalau nak apa-apa selalu terburu-buru. Cuba ke bawak berbincang dulu.”

“ Hah! Pandai lah kau nasihatkan aku. Kau tu bila lagi? Tunang dah lama. Tapi senyap je tak de kad jemputan pun.”

“ Bukan senyap. Ni aku jumpa kau sebab ni lah. Sebelum raya aku nak menikah dah. Kalau umur aku panjanglah.”

“ Eh kau ni. Ada pulak cakap macam tu. Kau kan muda lagi. Mesti panjang punya umur kau tu.”

Que hanya diam.

“ Dah lah yang kau diam ni buat apa. Mari jom aku kenalkan dengan bagi bini aku.”

“ Aku okey je. Naik kereta kau lah. Aku belum beli kereta lagi.”

Selasa, 1 Februari 2011

Kirimkan Rindu bab 12

BAB 12




Ketika Kaisara tiba di rumah malam itu. Kereta Syanaz sudah tersadai di gajar rumah. Menandakan mereka dah pulang dari berkelah. Setelah keretanya di parking, cepat-cepat Kaisara memasuki rumah.

Kelihatan Fiqa sedang menonton televisyen. Amal dan Syanaz tak nampak bayang pula. Dengan yang manis, Kaisara menapak menghampiri Fiqa di ruang tamu rumah.

“ Amboi. Masuk-masuk dah tersengih-sengih. Assalamualaikum!” cepat saja Fiqa menegur.

Pantas saja senyuman indah terlayar di bibir merahnya. Walaupun Fiqa ni gila-gila. Tapi dia tak pernah nak lupa nak beri salam.

“ Waalaikumsalam Cik Fiqa.” Kaisara menjawab.

Setelah duduk di sebelah Fiqa. Kaisara sambung bertanya.

“ Mana budak berdua tu?”

“ Ada. Kat dalam bilik tengah mandi.”

“ Mandi? Dah kau dah mandi ke belum ni?”

Dari gaya macam belum mandi je.

“ Aku? Aku... jimat air. Aku malas nak mandi.”

“ jimat air konon. Padahal malas nak mandi. Dah lah tu. Baik kau pergi mandi. Kalau tidak kau tinggal aja. Aku nak belanja korang semua makan dekat tempat biasa.”

“ Restoran Haji Kassim!” tahu saja Fiqa restoran yang biasa mereka pergi.

“ Tahu aja kau ya. Macam mana? Nak mandi ke tak ni? Kalau tak aku tinggal aja. Aku bawak Amal dengan Syanaz aja.”

“ Ahh! Aku nak pergi mandi lah ni. Kau ni tak baik tau. Main ugut-ugut pula. Okey... okey. Aku mandi.” Akhirnya Fiqa berlalu meninggalkan Kaisara sendirian.

Sementara hendak menunggu mereka. Remote yang berada di atas meja kopi di ambil. Badan remote itu di tekan-tekan.

Dia melirik jam di pergelangan tangannya.

Jarum panjang tepat ke angka enam. Jarum pendek tepat pada angka lapan.

“ Patutlah tak de cerita. Rupanya baru pukul 8.30malam. Patutlah semua siaran ada berita aja.” rungut Kaisara.

“ Hai Sara! Merungut pula.” tegur Amal yang baru muncul.

“ Hai kau ni dah lawa-lawa. Macam tahu je aku nak ajak keluar ni?”

“ Aku tahu lah. Fiqa dah bagi tahu yang kau ajak keluar. Kau nak belanja makan.” ujar Amal.

Amal melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Kaisara. Ada sesuatu yang dia hendak tanyakan pada Kaisara. Pasal apa lagi. Pasal suara laki-laki yang dia dengar tadi siang tu lah.

“ Sara... aku nak tanya ni.”

kaisara pantas memandang Amal.

“ Tanya apa?” soal Kaisara pelik.

“ Tadi masa aku call. Siapa lelaki yang ada dengan kau?” soal Amal terus. Tanpa selindung-selindung.

Kaisara terdiam setelah mendengar pertanyaan Amal itu. Lama dia senyap.

“ Tak apa lah kalau kau tak nak jawab.” Amal mengalah setelah lama Kaisara mendiamkan diri.

“ Bukan aku nak berahsia. Tapi masanya belum sesuai. Satu hari nanti akan ceritakan dengan korang semua.” akhirnya Kaisara menjawab.

“ Okey aja Sara. Bila kau dah betul-betul sedia, aku sedia mendengarnya!”



Dengan menaiki kereta Satria Neo milik Kaisara, mereka merentasi jalan dengan diiringi nyanyian lagu dari kumpulan Radja. Band dari negara seberang.

Setelah sampai betul-betul di hadapan Restoran haji Kassim. Amal, Fiqa dan Syanaz cepa-cepat turun. Kaisara pula pergi mencari parking. Dengan memarking kereta yang agak jauh. Kaisara menapak seorang diri menuju ke Restoran Haji Kassim.

“ Hai Dya...” tiba-tiba dia terdengar suara orang seakan-akan menegur dirinya. Tapi siapa Dya?

Ahh! Salah orang agaknya. Kaisara teruskan berjalan. Sehinggalah...

“ Nadya Kaisara!” nama penuhnya di panggil. Serta-merta kakinya berhenti dari melangkah. Pantas dia mencari-cari dari mana arah suara itu.

Tiba-tiba matanya terpanah pada satu bayang manausia yang sedang bersandar di sebuah kereta Suzuki Swift yang di lintasinya sebentar tadi.

“ Amboi lajunya berjalan. Dya nak kejar apa?” tegur Rayyan Shah.

Kaisara tersenyum memandang Rayyan Shah. Padahal dalam hati dah berbakul-bakul menyumpah diri sendiri akibat malu. Berjalan bagai di kejar hantu. Padahal tak de sapa pun yang mengejar dia.

Bukan apa. Dia sekadar berjaga-jaga. Manalah tahu ada orang yang mahu menculik dirinya. Manalah tahukan. Lagi pun, hantu dia tak takut. Tapi orang dia takut. Sebab manusia lebih ganas dari hantu.

Betul tak?

“ Nak cepat. Takut kawan tunggu lama sangat. Yang rayyan pulak buat aap bersandar dekat kereta macam tu? Tunggu siapa?” soal Kaisara kembali. Cepat-cepat dia tukar tajuk.

“ Tak tunggu siapa pun. Saja nak buat tayangan percuma.

Kaisara sudah tergelak.

“ Cukup-cukuplah tu buat tayangan percuma. Tak laku pun. Baik Rayyan ikut Dya pergi makan.” sengaja Kaisara mengajak Rayyan Shah supaya dia boleh kenalkan Rayyan pada teman-temannya yang lain.

“ Saya okey saja.”

Mereka berjalan seiringan menuju ke restoran Haji Kassim. Amal, Fiqa dan Syanaz sudah terbeliak biji mata apabila melihat Kaisara beriringan dengan lelaki hensem.

“ Hai you all!” tegur Kaisara terlebih ramah. Amboi mengada sungguh anak Pak Kadir ni bila berdamping dengan lelaki. Tak tahu dah ada tunang. Huhu...

“ Hai...” jawab mereka perlahan. Tapi mata masih lagi fokus pada lelaki di sebelah Kaisara.

“ Kenalkan ini, pelanggan kafe aku. Rayyan Shah...”

“ … ini pula Amal, Fiqa dan yang ini Syanaz.”

Dan sesi suai kenal pun berlangsung.



Sampai je rumah. Belum sempat punggung Kaisara mencecah sofa empuk di ruang tamu. Telefonnya berdering. Bunyi sekali. Lepas tu bunyi lagi. Ahhh sudah! Kacau daun betullah. Baru nak merehatkan diri setelah puas melantak makanan dekat Restoran Haji Kassim tadi.

“ Hum! Nak apa?” soal Kaisara.

Hahahaahaa!

Pemanggil itu tergelakkan Kaisara. Kaisara buat muka peliknya.

“ Eh orang ni. Call tapi tergelak pulak. Bukan nak cakap pun! Sapa ni?” soal Kaisara garang.

“ Ei Sara. Kau balik langsung tak singgah rumah aku ea?” marah si pemnaggil pula.

Hahaha! Kaisara pula yang tergelak. Manakan tak tergelak. Dia angkat fon tapi tak tengok naam pemanggil bila pemanggil tu bercakap barulah dia kenal.

“ Hah? Nak salahkan aku pulak ye. Selama ni setiap kali aku balik, aku singgah rumah kau. Tapi kau tak ada. Ni bila aku tak singgah nak marah pulak!” ujar Kaisara.

“ Hehe..sori lah kawan. Ni pun kebetulan aku cuti. Mak aku yang cakap kau balik. Bila aku pergi rumah kau. Kau pulak yang tak ada. Yang ada tu hah! Laki kau.” Wan merungut.

“ Halo! Dia belum jadi laki aku lagi tau. Dia baru jadi tunang aku! Hah! Kau call aku malam-malam ni kenapa?” Soal Kaisara. Malas nak berbasa-basi. Dengan Wan ni, dia boleh cakap apa je. Wan tak kesah.

Ketika itu Kaisara sudah berlalu ke dalam bilik. Tak seronok pula nak mengumpat mengata depan kawan-kawan serumahnya itu. Walaupun mereka tak kesah. Tapi aku kisah!

“ Aku nak jemput kau balik kampung...” belum sempat Wan habiskan ayatnya. Kaisara sudah memotong.

“ Nak balik lagi? Kan aku baru balik!” pantas Kaisara membantah.

“ Eh! Perempuan ni memang ar! Aku cakap tak habid lagi kau dah potong. Aku nak kau balik bulan depan. Aku nak kahwin.”

“ Nak kahwin???” soal Kaisara terperanjat.

“ Ye. Aku nak kahwin dah.”

“ Biar betul?” soal Kaisara masih lagi kurang percaya.

“ Betullah minah! Aku nak nikah lepas tu sanding. Kau kena datang tahu. 2 minggu lagi majlis belah perempuan. Lepas 2 minggu tempat aku pulak.” Wan menerangkan atur-cara majlis.

“ Wah! Tak sangka kawan aku ni dah nak nikah. Betul-betul tak caya lah. Aku mesti datang.”

“ Amboi. Dari cara kau cakap macam aku ni tak layak tuk menikah je. Mentang-mentanglah dulu aku auu! Sekarang dah tak tau. Badan aku dah macam Malik Noor!”

hahaha.!

Kaisara makin galak ketawakan Wan. Sapa tak kenal. Wan a.k.a Wani. Di sekolah dulu, selain Amal dia juga rapat dengan Wan. Lelaki lembut yang sering di buli pelajar lelaki. Bila mengingatkan saat-saat di sekolah dulu. Buat Kaisara tak tahan nak ketawa.

“ Hah! Gelaklah lagi!” marah Wan.

“ Okey-okey. Sorrylah. Aku tak gelak dah.” cepat-cepat Kaisara mematikan tawanya. Tak patut dia gelakkan Wan. Tu kisah lama.

“ Oh ko gelak-gelak ea. Kau tu dulu ingat aku tak tahu cerita kau dengan si Nashrul tu. Konon nangis sebab mata masuk habuk. Padahal baru kena tolak.”

Hah ambik kau sebiji paku buah keras!

“ Wait-wait tu cerita lama lah! Sekarang aku dengan dia kawan je.”

Bila mengingati saat-saat dia di tolak kelakar juga. Seharian dia menagis bagai nak rak. Esoknya terus demam. Baru nak baik demam... Mama pula menghembuskan nyawanya yang terakhir. Makin menjadi-jadilah demamnya. Seminggu tak pergi sekolah akibat kejadian yang bertimpa-timpa.

“ Hah tahu pun cerita lama. Dah sekarang aku nak tau. Kau dengan tunang kau tu bila lagi?”

“ Aku? Tak lama dah. Lagi 2 bulan aku dengan dia ikut jejak kau lah.” ujar Kaisara teruja.

“ Wah! Kau pun nak ikut jejak langkah aku ya. Tahnia-tahnia... nampaknya nanti bini aku mengandung dulu barulah kau ya. Hah! Ti aku buat anak lelaki. Kau buat anak perempuan. Deal!”

hahaha! Kaisara sudah tergelak. Jauh betul Wan memasang angan-angan. Ada ke dah fikir pasal anak. Nikah pun belum.

“ Ei kau ni. Tak senonoh betullah. Tak mahulah cerita pasal anak. Belum nikah lagi lah.”

“ Eleh dengan aku pun nak malu ke? Dulu kau juga yang selalu berangan nak jodohkan anak kau dengan anak aku. Sekarang malu pulak?” Wan semakain galak mengusik Kaisara.

Muka Kaisara berubah merah. Ohh tidak! Kalau lah Wan nampak. Mesti semakin galak dia di ketawakan.

“ Dah lah. Makin melalut-lalut pula kita ni. Dah aku nak letak ni. Esok pagi-pagi aku dah nak gerak balik. Tengah hari dah kerja.”

“ Hah! Baguslah. Esok pun aku kerja juga.”

“ Eleh kerja syarikat tunang sendiri pun. Bila-bila masa kau boleh datangkan.”

“ Eh! Tu masa dia tak da dekat Malaysia. Sekarang dia dah balik Malaysia, aku kena rajin sikit. Ti dia buat sportchek mampus aku!”

“ haahh yelah-yelah. Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur.” pesan Wan.

“ Iyalah aku tahu. Kau pun.”

“ Aku dah basuh tadi.”

“ Itu tadi. Ni sekarang. Ei dah lah. Makin aku layan makin menjadi-jadi pula. Assalamualaikum!” cepat-cepat Kaisara meletak ganggang.

Dia kalau dah bercakap dengan Wan memang tak reti berhenti. Ada saja nak di bualkan. Kadang-kadang yang bukan-bukan saja mereka bualkan. Sehingga mak dan Mak Temah pernah terfikir nak jodoh kan mereka. Tapi cepat-cepat terbatal niat itu. Di sebabkan Kaisara dah bertunang dengan Ayie.

Khamis, 27 Januari 2011

kirimkan rindu bab 11

Bab 11




Deringan telefon mematikan lamunan Kaisara. Nama Amal Nabila terlayar di skrin telefon bimbitnya. Cepat-cepat Kaisara menekan butang hijau.

“ Hah! Nak apa?” Kaisara terus terjah.

“ Assalamualaikum!” tegur Amal.

“ Sorry..sorry.. waalaikumsalam! Hah! Amal kau nak apa?” soal Kaisara kembali.

“ Kau ni janji nak ke Batu Layar! Tapi pagi-pagi bayang pun tak kan! Sorry sangat-sangat. Aku dah kat kampung ni. Pagi-pagi lagi abang aku dah call. Suruh balik. Aku dah terkejut sangat, apa lagi. Langsung tak sempat nak bagi tahu kau, mandi pun tak ni!”

“ Oh! Patutlah aku bau semacam ni!”

“ Eh! Kau suka hati je cakap aku bau semacam. Lain kali je lah aku join korang ye.”

“ Apa yang penting sangat sampai pagi-paagi lagi kau dah kena balik kampung?”

“ Pertanyaan Amal tidak segera di jawab. Tiba-tiba dia terasa pinggangnya di rangkul seseorang. Kaisara terjerit kecil akibat terkejut.

“ Kenapa Sara? Kau okey tak?” Amal melahirkan kebimbangannya.

“ Siapa call tu sayang?” Ayie berbisik perlahan di telinga Kaisara. Tapi tetap dapat di dengari Amal.

“ Sara! Baik kau cakap, kau dekat mana sekarang? Kau dengan jantan mana?” soal Amal bertalu-talu.

Klik! Tiba-tiba talian sengaja di putuskan.

Telefon bimbitnya segera di campakkan ke atas katil. Kaisara menarik tangan Ayie. Sambil berpimpin tangan Kaisara berlalu menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Di mana di tempatkan Abah, Emak, Abang Khairi dan Kak Mira sedanga menati mereka.

Kaisara segera melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk yang berada di ruang tamu.

“ Ayie beritahu, yang Sara dah tak sabar nak menikah. Betul ke?” Soal Abah selamba.

Merona merah wajah Kaisara di soal begitu. Ayie yang duduk di sebelah di jelingnya geram. Buat malu saja cakap tak sabar.

“ Amboi! Sebenarnya siapa yang tak sabar ni? Ara atau Ayie?” soal Kaisara sedikit keras.

Ayie hanya tersengih mempamirkan giginya yang putih bersih.

Peha Ayie di cubitnya geram!

“ Padan muka.”

“ Amboi Sara! Belum nikah lagi dah cubit-cubit. Habislah kau Ayie. Dah nikah nanti habis satu badan di cubitnya.” perli Abang Khairi selamba.

Semakin galak Kaisara di keteawakan mereka.

“ Sudah-sudah lah tu gelakkan Sara! Nak baliklah macam ni!” ugut Kaisara.

“ Okey-okey. Kalau Sara dah tak sabar. Ayah dan mak dah berbincang tadi. Kami bersetuju nak satukan kalian sebelum hari raya. Kira-kira dua bulan lagi lah.”

“ Dua bulan lagi? Tak cepat sangat ke abah?” soal Kaisara.

“ Hai kata tak sabar. Okeylah tu lagi dua bulan. Lagi pun tengok korang berdua ni buat abah risau aja.”

“ Ayie setuju dengan keputusan abah tu!”

Kaisara tersentak. Pantas dia memang Ayie dengan pandangan tidak percaya.

“ Betul ke?” Soal Kaisara inginkan kepastian.

“ Betul Ara. Ayie setuju dengan keputusan mak abah! Kalau lambat sangat takut tak sempat pula.”

“ Tak sempat nape nye?”

“ Dah-dah. Tak payah nak bersoal jawab dekat sini. Abah dah buat keputusan. Muktamad!”

“ Okey-okey!” akhirnya Kaisara bersetuju. Meski pun hatinye tertanya-tanya dengan kata-kata Ayie.

“ Hah! Kan bagus macam tu. Setuju je. Abang dengan akak dulu pun, mak dengan abah yang tetapkan. Tengok okey je sampai sekarang.” sampuk Abang Khairi.

“ Iyalah Sara setuju. Tapi mak dengan abah kena tolong buatkan apa-apa yang patut.”

“ Semua tu tak payah risau. Taulah mak dan abah buat. Tugas kamu berdua senang je. Siapkan barang hantaran, hah! Lagi satu. Ni penting jangan sesekali lupa. Kursus kahwin. Jangan lupa pergi tahu!” ujar mak.

“ Kak Mira pun boleh tolong sikit-sikit. Bab-bab menghias barang hantaran Kak mira boleh tolong.” ujatr Kak Mira pula.

Kaisara terus mempamerkan senyuman. Dia bersetuju sangat apabila Kak Mira dengan suka rela ingin membantu hiaskan hantaran. Maklum sajalah. Dia ni tak kreatif untuk semua tu.

“ Wah! Macam tulah kakak Sara. Sayang Akak!”

“ Dekat akak je Sara sayang. Dekat abang ni. Tak pula.” tajuk Abang Khairi.

“ Haha... dekat abang buat pe sayang. Abang suka gelakkan Sara!”

“ Dah-dah lah tu. Budak berdua ni perangai macam budak-budak. Yang sorang dah kahwin, yang sorang dah nak kahwin. Tapi perangai tu tak berubah langsung!” Marah mak.

“ Abah tengok mak tu. Mak marah anak kesayangan Abah ni!” ujar Kaisara manja.

Abah sudah tergelak.

“ Ada-ada saja kamu ni ya!” ujar Abah.

“ Okeylah mak, Sara nak ke dapur dulu. Nak menyambut seruan alam!”

“ Hish budak ni. Tak senonoh betul!” marah Mak.

Bayang Kaisara terus lesap.



Setelah menyambut seruan alam. Lama Kaisara duduk di dapur. Tiba-tiba dia tertanya-tanya. Betul ke tindakannya bernikah dengan Ayie. Sedangkan hatinya masih berbelah bagi. Tapi mereka dah bertunang dah lama.

Ahh! Tak usah di ikut hasutan syaitan!

Aku dan Ayie dah lama bertunang. Walau macammana aku tetap akan bernikah dengan jejaka yang aku cinatai tu.

“ Sara...” tegur mak yang muncul tiba-tiba.

“ Eh! Mak... “

“ Sara buat apa duduk termenung sorang-sorang dekat dapur ni?” soal mak.

“ Tak ada apa-apa mak. Kenapa mak tanya?”

“ Betul ke Sara nak nikah dengan Ayie ni? Sara sayang kan Ayie?” Soal mak.

Kaisara benar-benar terkejut dengan pertanyaan mak itu.

“ Mak... apa ni. Setelah sekian lama baru mak nak tanya Sara sayangkan Ayie atau tak. Mak... tak payah lah risau. Anak mak ni sayang kan anak mak yang lagi sorang tu. Sara betul-betul nak nikah dengan Ayie. Bukan sebab amanat mama. Tapi sebab cinta!” ujar Kaisara penuh keyakianan.

“ Alhamdullilah! Bagus lah kalo macam tu.” emak mengucap syukur.

Wajah mak yang tadinya mendung bertukar ceria.

“ Hah! Dua beranak ni buat apa ni kat dapur?” tegur abah. Yang baru saja muncul.

“ Tak payah sibuklah. Ni hal orang perempuan. Mana Ayie?” ujar mak. Tapi sempat lagi menanya anak manjanya itu.

“ Ada dekat depan. Basuh kereta Sara. Buat malu je. Pandai bawak kereta tapi tunang yang basuhkan.” ujar abah.

“ Hah! Basuhkan?”

“ Iya... basuhkan kereta kamu yang dah tak macam kereta tu. Baik kamu pergi tolong dia. Kesian dia basuh sorang-sorang. Yang abang kamu pulak asyik mengacau saja.” tambah abah lagi.

“ Oh! Abang kavcau tunang Sara ye. Nak kena ni!” dengan lagak gengsternya Kaisara berlalu keluar rumah.

Betul cakap abah. Abang khairi sedang kacau Ayie. Ayie yang sedang memberus tayar kereta di siram-siram dengan air. Senyap-senyap dia berdiri di belakang Abang Khairi. Pastu, pinggang abang khairi di geleteknya sepuas hatinya. Apa lagi...

Meliuk lentoklah Abang Khairi menahan geli.

Tiba-tiba getah paip yang di pegang Abang Khairi di rampas oleh abah. Dan hujan pun turun dengan lebatnya. Basah kuyuplah Kaisara dan Abang Khairi di kerjakan oleh abah.

“ Abah ni! Basah tau Sara.” Kaisara merungut marah.

“ Hah! Padan muka. Perangai macam budak-budak. Hah! Rasakan hujan yang turun bagaikan mutiara ni.” ujar abah selamba.

“ Abah ni, janganlah cakap perangai macam budak-budak. Kami dah besarlah. Seratus kali abah cakap kami macam budak-budak, habislah abah. Mesti kita orang bertukar jadi budak-budak.” ujar Kaisara.

Mereka terus tergelak mendengar celoteh Kaisara yang selamba.

“ Pandailah tu. Mana kamu tahu boleh bertukar ni? Fakta dari mana kamu dapat?”

“ Hehe..”