NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab 2

Bab 2


KAISARA duduk termenung di kafe.Ketika itu tidak ramai pelanggan.Maklumlah hari bekerja.Jadi tidak ramai lah pelanggan yang ada.Bunga ros merah itu di renungnya.Lama.Masuk hari ini sudah entah yang ke berapa kali dia merenung bunga itu.

Kenangan lama terimbau kembali…

SEORANG pelajar perempuan tingkatan empat bersembunyi di sebalik tangga.Dia menunggu seseorang.Hari ini dia harus meluahkan isi hatinya.Dia menunggu dengan sabar.Tidak lama kemudian kelibat yang di tunggu pun muncul.

Lelaki itu muncul dengan beberapa orang rakannya yang lain. Dia kelihatan sombong sekali.Tetapi tidak mengapa.Dia tidak gentar.Dia lakukan ini semua demi cinta yang membara.

“ Nashrul!” laung Kaisara kuat.

Langkah Nashrul terhenti apabila namanya di panggil.Dia memandang sekilas wajah budak gemuk di hadapannya.Tiada yang menarik minatnya untuk memandang lebih lama.Sekadar budak gemuk yang hitam.Langsung tidak menarik pada pandangan matanya.

“ Hah! Kau nak apa?!” soal Nashrul kasar.

“ Sa… sa…” tergagap-gagap Kaisara jadinya apabila mendengar suara Nashrul yang kasar.

“ Sa… sa… apa? Kau nak apa ni? Jangan buang masa aku boleh tak!”Marah Nashrul pula.

Rakan-rakannya tadi sedang menunggu tidak jauh dari situ.Dia tidak mahu rakan-rakannya fikir yang dia ada hubungan dengan budak gemuk ini.Memalukan saja.Bercakap dengan budak gemuk ini pun sudah menjijikkan.

“ Saya sukakan awak sepenuh hati saya.”

Tiba-tiba Kaisara mendapat kekuatan menuturkannya.Di buang perasaan malu.Di buang rasa rendah dirinya.Yang penting dia sudah meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.

Hahahaha!!!

Tiba-tiba Nashrul ketawa.

“ Sini jom ikut aku.” Tiba-tiba Nashrul menarik tangannya. Dia di bawa menghampiri rakan-rakannya yang lain. Kaisara hanya menurut.Dia langsung tidak membantah.

Nashrul menepuk tangan.Rakan-rakannya yang sedang berbual menoleh memandangnya.Ada senyuman mengejek di tubir bibir mereka seperti sedang mengetawakannya.

“ Perhatian! Cuba korang pandang budak gemuk ni. Korang nampak tak keistimewaan dia?”Soal Nashrul kuat.

“ Aku tengok tak ada apa keistimewaan pun. Gemuk adalah.”Jawab Fahmi di sertai ketawa yang mengejek.

Hahaha….! Mereka ketawa lagi.

Kaisara tertunduk malu di perlakukan seperti itu.

“ Hitam!” jawab Qayyum pula.

“ Okey. Cukup lah tu. Nanti menangis pula budak gemuk ni.” Nashrul bersuara setelah puas mendengar pendapat dari rakan-rakannya.

Hahaha… ketawa lagi dan terus ketawa.

Setitik air matanya jatuh.Kesedihan yang di tahan tidak dapat di bendung lagi.Dia terus menangis.Pegangan tangan Nnashrul di rentapnya kuat.Dia tidak sudi tanganya di sentuh oleh lelaki yang jahat seperti Nashrul.

“ Sini. Biar aku beritahu kau. Kau tu sudahlah gemuk, hitam pulak tu. Sesuai ke engkau hendak bergandingan dengan aku?Yang lagi hensem dan popular di sekolah ini?Kau cerminlah diri kau dulu. Kuruskan badan tu. Dan selepas tu kau datang semula.Luahkan perasaan kau pada ku.Nanti aku timbang berat badan kau.sudah turun atau semakin naik!”Nashrul bersuara sinis.

Dia langsung tidak memikirkan perasaan Kaisara.

“ Kau…” kata-kata Kaisara mati. Nashrul segera memintas.

“ Nanti… nanti. Ada lagi.Aku tak habis cakap lagi.Muka tu, kau pergi beli fair&lovely dan pakai hari-hari.Sudah putih, sudah kurus. Hah! Barulah kau datang jumpa aku.Masa tu, tak lah malu aku hendak berdampingan dengan kau.Kau pasti bangga dapat bersama dengan aku.Hahaha…” kata-kata Nashrul di akhiri dengan ketawa.

Pang!!!

Lima jari Kaisara telah hinggap di pipi Nashrul.Lantas mematikan deraian ketawa Nashrul.Rakan-rakanNashrul juga terdiam.Mereka semua terkejut.Berani Kaisara melempang muka Nashrul, sahabat merangkap ketua mereka.

“ Biadap!!!” jerit Kaisara kuat.

Kaisara terus berlalu meninggalkan Nashrul dan rakan-rakannya yang masih lagi terkejut engan tindakan drastic Kaisara yang tak pernah di lakukan oleh mana-mana perempuan.

“ Cik!” sapa seorang lelaki.

Kaisara tersedar dari lamunannya. Lama dia berangan sehingga tidak sedar ada pelanggan. Dia segera bangun.Bunga ros merah itu segera di campak ke dalam bakul sampah.Jijik rasanya mahu menyimpan bunga itu.

Lelaki itu kelihatan terkejut melihat Kaisara mencampak bunga itu ke dalam bakul sampah.

“ Ya encik! Boleh saya bantu? Encik hendak pesan apa-apa?” soal Kaisara ramah.

“ Saya mahukan cup cakes. Berapa satu kotak?” soal lelaki itu.

Kaisara memandang deretan cup cakes yang tersedia.Cup cakes itu semua buatan Abang Roy.Dia merupakan pekerja dapur yang membuatnya.Cantik pada pandangan mata, rasanya juga sedap di tekak.

“ Encik hendak yang mana?” soal Kaisara lagi.

“ Tak kesah, asalkan sedap.” Jawab lelaki itu selamba.

Kaisara memandang lelaki itu. Eh! Eh! Eh! Dia suruh aku pula. Biar betul pelanggan ni. Bagi Kaisara cup cakes buatan Abang Roy, sedap-sedap dan rugi kalau tak makan.

“ Semua cup cakes yang ada sedap. Kalau encik tidak percaya, encik boleh mencuba sebiji cup cakes dulu.”Kaisara mencadangkan pula kepada lelaki itu.

“ No, thanks. Awak biasa makan yang mana?” soal lelaki itu lagi.

“ Saya?” soal Kaisara kembali.

Lelaki itu sekadar angguk kepala.

“ Saya sukakan ini. Cup cakes blueberry chocolate, di dalamnya ada inti coklat yng lazat.Dan krimnya pula blueberry yang di buat sendiri oleh tukang masak kami.Hirisan coklat cudbury di taburkan di atas krim blueberry.Menambahkan lagi rasa sedap.”Terang Kiasara panjang lebar.

“ Okey. Saya mahu kesemuanya.”

“ Hah?!”

“ Saya kata saya mahu ke semua cup cakes chocolate ini.”

Ulang lelaki itu lagi.

Pelanggannya ini betul ke tidak.Tadi bertanya mana yang dia suka makan. Apabila di beritahu lelaki iu mahu semua pula.

“ Encik tak mahu rasa?” soal Kaisara mahukan kepastian.

“ Taka pa. kalau dah awak suka. Pasti rasanya sedap dansaya tak perlu rasa-rasa lagi.”Jawab lelaki itu.

Kaisara mengeluarkan kotak.Di masukkan ke semua cup cakes blueberry chocolateitu ke dalam kotak yang besar. Muat untuk dua puluh lima biji cup cakes. Kotak itu di perkemaskan lagi dengan ikatan reben.

“ Berapa?” soal lelaki itu.

“ RM62.50 saja.” Jawab Kaisara.

Lelaki itu mengeluarkan sekeping not RM50, dua keeping not RM1 dan sekeping syiling 50sen.

“ RM62.50 saya beli.”

“ Terima kasih saya jual.”



SETELAH pelanggan itu berlalu, Amal segera keruang kafe.Kaisara di hampirinya.Bibirnya menguntumkan sebuah senyuman.

“ Amboi banyaknya cup cakes yang pelanggan tu beli?”

“ Entah. Aku pelik pula lihat pelaanggn tadi.” Ujar Kaisara.

“ Lah… kenapa pula?”

“ Ialah. Mula-mula dia Tanya aku suka yang mana.Bila aku kata aku suka cup cakes blueberry chocolate, terus je pelanggan tu mahu semua.Terkejut juga aku, tak tinggalkan aku satu pun.” Kaisara menerangkan apa yang menjadi tanda tanya di hatinya

“Ehem… ehem!” tiba-tiba Amal berdehem sambil tersengih.

“ Kenapa pula?” soal Kaisara pelik.

“ Aku tahu kenapa…” amal sengaja tidak mahu menghabiskan ayatnya yang terakhir.

“ Kau ni, janganlah main-main. Kalau kau tahu, cepat bagi tahu aku.Kenapa?” soal Kaisara tidak sabar.

Eh! Eh! Amal ni, mahu main teka-teki pula. Dia tahu aku tak suka.Lagi dia main-main.Aku bagi kang.Baru tahu.

“ Dia suka kan kaulah. Sebab tu apa yang kau suka, itu yang di belinya.”Terang Amal.

Kaisara yang sedang makan cup cakes strawberry sudah tersedak.Ada ke patut Amal kata pelanggan tadi sukakannya.Kenal pun tidak.Rasanya inilah kali pertama dia bertemu dengan pelanggan itu.Sebelum ini, pelanggan itu tidak pernah makan di kafe, atau membeli buku dari kedainya.

“ Kau ni fikir ke situ pula. Kalau dia sukakan aku pun, dia sudah tersilap.Aku tak dapat terima dia.” Bicara Kaisara.

“ Aku bergurau sajalah. Kau jangan ambil hati pula. Aku tahu, kau takkan terima mana-mana lelaki dalam hidup kau kan.”

Amal akui dia sukar untuk membuat Kaisara menerima kaum adam untuk menjadi kekasih atau teman dalam hidupnya. Hati Kaisara sudah tertutup.Mungkin kata-kata hinaan dari Nashrul masih menghantuinya.

Nashrul itu pun satu hai. Ada ke patut, baru-baru ni jumpa dia pula yang tergila-gilakan Kaisara. Sudah terbalik pula.Hari-hari Nashrul menghantar bunga ros merah.Tetapi bunga itu tak pernah Kaisara ambil.Semuanya di buang ke dalam bakul sampah.

Memang patut pun perlakukan Nashrul begitu.

“ Amal… aku rasa sunyi saja hati ini,” tiba-tiba Kaisara bersuara perlahan.

“ Kenapa pula dengan kau ni?” soal Amal pelik.

“ Tiba-tiba aku rasakan aku perlu lelaki untuk mengisi hati ini untuk lelaki yang ikhlas menerima aku bukan kerana harta dan kecantikan.” Bicara Kaisara lagi.

Amal terkejut.

0 ulasan: