NUFFNANG PUNYA IKLAN

Rabu, 22 Disember 2010

kirimkan rindu bab 10

Bab 10


Panggilan tergempar. Pagi-pagi buta lena Kaisara di ganggu dengan panggilan telefon dari Abang Khairi. Katanya…

‘Kalau Sara sayangkan emak balik cepat. Hari ini juga!’ telefon terus di matikan.

Tanpa sempat berkata apa. Tanpa sempat membantah dia di arahkan pulang sekarang juga. Dan sebab itulah. Dengan memakai baju tidur dia memandu pulang ke kampung. Dia hanya sempat mencapai beg tangannya.

Tanpa berfikir panjang dia terus memandu proton satria merahnya menuju ke kampung.

Perjalanan selama hampir dua jam itu di tempuhinya. Sampai saja di kampung halaman kaisara memarking keretanya betul-betul di hadapan rumah orang tuanya. Tanpa salam Kaisara segera masuk ke dalam rumah.

Aneh! Kenapa rumah sunyi saja. Ke mana semua orang?

Satu rumah di terjahnya. Tapi bayang-bayang ahli keluarganya tetap tidak kelihatan. Kaisara terus melangkahkan ke menuju ke arah dapur. Tiba-tiba dia terdengar suara orang sedang bergelak ketawa di belakang rumah.

Kaisara terus melangkah keluar. Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat emak dan kak Mira sedang enak bersantai di atas pangkin. Abah sedang menjolok buah kelapa, abang Khairi sedang mengutip buah kelapa dan Ayie sedang solak buah kelapa. Ayie? Apa Ayie buat dekat sini? Bila masa dia balik ke Malaysia?

Laju saja Kaisara melangkahkan kaki keluar dari rumah dan menuju ke belakang rumah.

“ Apa semua ni?!” Jerit Kaisara kuat sehingga buah yang di pegang Abang Khairi jatuh tergolek menyembah bumi.

“ Sara…” ujar mereka serentak.

“ Ya! Nadya Kaisara di sini!” ujar Kaisara sedikit kuat.

“ Ada sesiapa yang akan terangkan pada Sara apa yang berlaku sekarang ni?” ujar Kaisara lagi.

“ Abang minta maaf. Abang hanya menurut perintah.” Ujar Abang Khairi membela diri.

“ Abang ikut perintah siapa? Abang tahu tak Sara penat-penat memandu kereta seorang diri semata-mata untuk di tipu. Sampai hati Abang buat Sara macam ni. Sara balik dulu…” Kaisara terus berlalu.

Belum pun sampai pintu dapur. Tangannya di rentap dari belakang.

“ Sara tak boleh buat macam ni. Sara tak boleh balik tanpa arahan Ayie. Ayie yang suruh Abang Khairi buat Sara macm tu. Sebab Ayie nak Sara balik. Sara tahu tak Emak dan abah rindukan Sara. Kata mereka dah lama Sara tak balik. Tak jenguk mereka. Jauh sangat ke Johor bahru dengan kampung ni sayang?!” ujar Ayie sedikit keras.

Kaisara terdiam. Dia terus berpatah balik tak jadi pulang.

“ Sara…” tegur abah.

“ Kenapa abah?” soal Kaisara pelik.

“ Kami semua sudah tak tahan.”

“ Kenapa pula bah?”

“ Lebih baik kamu masuk dan mandi sebelum kak Mira kau tu pengsan.” Ujar Abah selamba. Di ikuti gelak ketawa dari mereka semua.

Kaisara sudah memuncungkan mulutnya sebagi tanda marah. Dia sempat menjeling melihat perut Kak Mira yang semakin membuyut itu.Tanpa kata dia terus berlalu.

Kaisara mengatur langkah ingin memasuki ruang biliknya yang berhadapan dengan bilik Ayie. Pintu bilik Ayie terbuka sedikit. Tiba-tiba Kaisara tergerak hati menyeludup masuk ke bilik Ayie.

Ketika dia melangkahkan kaki memasuki bilik Ayie, kelihatan computer riba jenama dell di atas meja sedang terbuka. Tanpa izin Kaisara terus menggodeh computer itu. Sehinggalah skrin computer riba itu memaparkan gambar dirinya bersama Ayie dan Yan. Waktu itu Kaisara masih lagi kank-kanak yang comel.

Malunya. Jauh beza gambar dirinya sewaktu bersekolah menengah. Memasuki alam remaja tubauhnya naik mendadak sehingga tiada lelaki yang mahu dekat dengannya. Mengingati saat-saat itu hatinya terasa sakit.

Dia terus menggodeh computer itu sehinggalah dia menemukan dengan satu folder yang begitu menarik minatnya untuk membukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia terpandangkan gambar Ayie bersama teman-temannya. Dia sangat mengenali dua dari empat orang teman Ayie. Bagai mana pula boleh ada gambar Rayyan dan juga Nashrul.

Mereka kenalan ke?

Mushkil betul ar!

“ Ehem… ehem…” tiba-tiba Kaisara terdengar suara orang berdehem dan…

Alamak kantoi sudah.

“ Membuka lattop orang lain tanpa keizinin dari tuannya serupa dengan mencuri!” ujar Ayie selamba.

Kaisara sudah memasamkan muka. Tanpa kata dia terus bangun dan ingin berlalu.

“ Ei… kenapa ni? Bergurau aja dah nak marah.” Pujuk Ayie apabila melihat wajah Kaisara yang sudah masam mencuka.

“ Ayie cakap Ara mencuri.” Ujar Kaisara masih lagi dengan rajuknya.

Ayie sudah terkekeh-kekeh ketawa. Lantas memeluk pinggang ramping Kaisara. Kaisara yang terkejut berusaha untuk meloloskan diri dari pelukan Ayie tapi apalah daya seorang perempuan. Sudah penat, dia membiarkan saja.

“ Rindunya dekat sayang Ayie ni.”

“ Em… rindu je ke?” soal Kaisara nakal.

“ Rasa macam nak cium-cium aja. Tapi tak boleh. Kita belum nikah.”

“ Kalau macam tu, apa kata kita nikah malam ni?”

Ayie terkejut. Lantas tubuh Kaisara di pusing menghadapnya.

“ Betul ni?” soal Ayie seakan tidak percaya.

“ Kalau betul pun nak buat macam mana? Ini Malaysia. Bukan senang nak nikah dekat Malaysia ni. Banyak prosedur yang kita kena ikut. Nak kena ambil kursus Kahwin lagi.” Ujar Kaisara.

Tapi memang betul pun apa yang di cakapnya itu. Nak kahwin pun susah. Macam-macam kena ikut. Macam-macam prosedur yang kena ikut. Macam-macamlah…

“ Em… tak pe. Kita bincang dengan mak dan abah dulu. Lagi cepat lagi baguskan. Tak sabar nak memiliki sayang.”

Kaisara sudah tersenyum malu.

“ Hehe… boleh nikah cepat-cepat. Tapi… bagilah Ara mandi dulu.”

“ Lah patutlah Ayie bau semacam aja. Rupanya orang yang Ayie sayang ni tak mandi lagi.”

“ Adui!” tiba-tiba Ayie mengaduh sakit apabila perutnya di cubit Kaisara.

“ Itu hadiahnya pada orang yang cakap Ara bau semacam. Lain kali mulut tu kasi insyuran.”

Kaisara terus berlalu.

Selesai membersihkan diri Kaisara melabuhkan punggungnya di birai katil. Ruang bilik sederhana besar itu di pandangnya. Langsir, cadar semuanya masih sama. Bukan bermakna emak tak cuci. Selepas cuci mak akan sarungkan kembali langsir dan cadar.

Bingkai gambar yang berada di atas meja kecil di sebelah katil di ambilnya. Kelihatan sekeping gambar dirinya bersama Ayie dan mama. Ketika itu mama masih sihat lagi. Tapi kini mama sudah tiada lagi.

Ketika mama pergi meninggalkan kami semua, waktu itu Kaisara baru berusia lima belas tahun. Adan Ayie pula berusia tujuh belas tahun. Kemalangan yang menimpa mama dan papa begitu tragis baginya. Di sebabkan kemalangan itu papa pergi meninggalkan mereka semua. Dan mama lumpuh. Setahun selepas menderita akibat lumpuh mama pula menyusul papa.

Kaisara menagis teresak-esak di sebelah mama. Jari-jemari mama di genggamnya erat. Emak dan abah ketika itu sedang membaca yasin.

“ Sa...ra..” tiba-tiba mama bersuara tersekat-sekat.

Kaisara merapatkan telinganya ke mulut mama. Cuba mendengar dengan lebih jelas.

“ Ambil cincin di jari manis mama. Dan sarungkan ke jara Sara.” Bersusah payah akhirnya berjaya juga mama menghabiskan ayatnya itu.

Kaisara melakukan apa yang di suruh mama. Setelah itu jari yang tersarung cincin di unjukkan ke mama. Serta-merta air mata mama mengalir. Cepat-cepat Kaisara menyeka air mata itu dari terus mengalir.

“ Kak Lijah…” mama memanggil emak pula.

“ Emak… mama panggil. Mama hendak bercakap dengan mak.” Ujar Kaisara.

Kelam-kabut emak bangun dan menghampiri mama. Emak merapatkan telinganya ke mulut mama. Sama yang di lakukan Kaisara tadi. Selepas mendengar apa yang di ucapkan mama. Mak terangguk-angguk dan terus menagis.

“ Emak kenapa?” soal Kaisara ingin tahu.

“ Nanti emak beritahu Sara. Sara jangan ke mana. Duduk sini. Tunggu mama.”

“ Tapi…”

“ Tunggu situ sehingga Ayie sampai.” Tegas mak.

Kaisara terus terdiam. Emak terus berlalu keluar dari bilik mama. Tidak lama selepas itu. Mak masuk bersama Ayie yang baru saja sampai. Ayie tinggal di asrama penuh jadi Abang Khairi yang di tugaskan untuk mengambil Ayie di Negeri Sembilan.

“ Sara… mama.” Tegur Ayie.

Air mata Kaisara kembali menitis.

Emak mengambil tangan Kaisara dan Ayie lalu di satukan dan di letakkan di atas tangan mama. Kaisara memandang mak kebingungan.

“ Emak…”

“ Dik, aku akan tunaikan janji aku. Aku akan satu kan budak berdua ni. Kamu jangan bimbang. Kamu pergilah dengan aman.” Ucap mak.

Kaisara tersentak. Begitu juga Ayie. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

“ Ayie… sara…” ujar mama perlahan.

Tidak sampai lima minit mama pergi setelah di ajar mengucap oleh Ayie. Kaisara terus menangis. Ayie pula kelihatan tenang saja. Tiada air mata yang mengalir di pipi Ayie. Menandakan yang Ayie begitu kuat dan tabah.

0 ulasan: