NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab 5

Bab 5


AMAL masih lagi menanti kepulangan Kaisara.Dia takut jika sesuatu berlaku terhadap Kaisara.Sejak pagi lagi Kaisara keluar bersama jambangan bunga ros merah pemberian Nashrul.Dia keluar dengan marah-marah.

Tangannya masih lagi tidak henti-henti mendail nombor telefon Kaisara.Tapi tidak pun di angkatnya.Apa sudah jadi ni?

Amal mulai risau.

Takkan hantar bunga dari pagi hingga ke tengah hari tak selesai-selesai lagi.Kemana agaknya Kaisara pergi.Ini yang di risaukan Amal. Kaisara apabila sudah marah dia akan pergi memujuk diri. Entah kemana-mana agaknya dia pergi.

Nasib baiklah ada Bob dan Kak Ina yang menjaga kedai buku. Kalau tidak mati dia hendak jaga dua kedai sekali gus.

Kedua-dua kedai ini milik Kaisara.Dia hanya pekerja.Bangunnya kedai buku ini hasil usaha mak dan abah Kaisar.Itu yang di beritahu Kaisara.Dia pun tidak tahu sangat tentang kedai itu.Yang dia tahu, selepas tamat pengajian Kaisara mengajaknya bekerja dengannya.Waktu itu hanya ada kedai buku.

Sedikit demi sedikit kedai buku itu berubah wajah. Kedai sebelah yang kosong tiada tuan, di beli Kaisara. Kedua-dua kedai itu di ubah suai.Dari kedai buku biasa telah berubah menjadi KQ Book Shop &Kafe.Dia tidak tahu siapa jua gerangan KQ itu.Setiap kali dia bertanya Kaisara jawapannya tetap sama’adalah’.

Akhirnya dia malas mahu bertanya.Biarlah Kaisara dengan rahsianya. Satu hari nanti pasti Kaisara akan beritahu juga.

Sedangkan di juga punya rahsia yang tidak di beritahu kepada Kaisara.

‘Nashrul’

Kaisara melangkah masuk ke KQ Book Shop & Kafe.Terkesan olehnya Amal sedang merenung tajam ke arahnya.

“ Kemana kau pergi? Aku risau tau.”

“ Aku pergi cuci rambut.” Ujar Amal.

Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tedapat di ruangan kafe.Amal mengeluarkan 1 tin air 100plus.Setelah penutupnya di buka Kaisara menghirupnya sedikit rakus.

“ Huh leganya…” ujar Kaisara kelegaan.

“ Kenapa tiba-tiba cuci rambut ni? Setahu aku kau bukanlah perempuan yang suka cuci rambut di salon.Kau kata cuci di salon tak bersih lah.Tah pape lagi kau cakap.”

Kaisara tersenyum.

“ Tadi aku bergaduh di office Nash.”

“ Hah? Bergaduh?Dengan Nash?” soal Amal terkejut.

“ Ya. Aku bergaduh.Masa aku tengah maki hamun si Nash tu, tiba-tiba muncul perempuan seksi yang kita jumpa di restoran dulu.”

“ Perempuan tu hendak apa pal?”

“ Dia masuk, and terus tuduh aku hendak rampas boyfriend dia. Lepas tu ada ke patut dia tolak aku, pastu tarik rambut aku. Aku apa lagi. Balaslah semula.Aku tarik rambut dia. Pastu aku tolak dia sampai terduduk.batu padan muka dia.”Cerita Kaisara bersungguh-sungguh.

“ Fuhhh… dasyat ar kau. Kalau aku tak berani nak buat macam tu.”

“ Kalau kau ada dekat situ pasti kau terkejut tengok muka perempuan tu. Pucat lesi masa aku tengking dia. Hah!baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.”

Biar padan muka perempuan tu.

“ Ganaslah kau.”

“ Tengok oranglah.” Kaisara berbangga.

“ Sudah. Aku mahu sambung kerja. Dengar cerita engkau sampai tahun depan pun tak habis.” Ujar Amal seraya berlalu meninggalkan Kaisara.



SETELAH Amal berlalu Kaisara mengambil tempatnya semula. Dia kembali duduk di kaunter kafe.

“ Bosannya…” Kaisara mengeluh perlahan.

“ Tidak baik mengeluh. Tuhan tidak suka umatnya mengeluh tau.” Tegur satu suara.

Kaisara tersentak di tegur begitu.

Di hadapannya berdiri seorang lelaki. Kaisara sangat mengenali lelaki itu. Lelaki itu merupakan pelanggannya yang telah memborong cup cakes kesukaannya semalam.

“ Hai…” tegur lelaki itu lagi.

“ Hai…” Kaisara bersuara perlahan.

Kaisara hanya memerhatikan sahaja lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapannya.

“ Hari ini tak mahu cup cakes?” Tanya Kaisara.

“ Em… mahu. Tapi hari ini saya mahu makan di sini saja. Bolehkan?”

“ Eh! Boleh saja.”

“ Kalau macam tu, saya mahu cup cakes macam semalam. Air…” kata-kata lelaki itu mati.

“ Air?” soal Kaisara.

“ 100 plus aja lah.” Sambung lelaki itu.

100 plus? Pelik sungguh pelanggannya yang seorang ini. Semalam mahu cup cakes yang aku suka makan, hari ini mentang-mentanglah aku sedang minumair 100plus. Dia pun oder air yang aku minum.

“ Fikirkan apa? Berkerut-kerut dahi tu?” ujar lelaki itu.

“ Encik ini suka apa yang saya suka ke?” ujar Kaisara selamba.

“ Tidaklah. Hanya kebetulan saja.” Dalih lelaki itu.

“ Boleh saya tahu siapa nama encik? Tidak sedap pula berbual tapi tidak tahu nama.”

“ Rayyan Shah. Tapi you boleh panggil Shah saja.”

“ Kalau I mahu panggil Rayyan boleh?” soal Kaisara mahukan kelainan.

“ Rayyan? Boleh saja. Mama I pun panggil I Rayyan. You?”

“ Nadya Kaisara. You boleh panggil I Sara.”

“ You panggil I Rayyan. Bagaimana kalau I panggil you Dya…”

“ Setuju. Dya…” Kaisara terus menghulurkan tangannya.

“ Rayyan…” pantas aja Rayyan menyambut huluran tangan Kaisara.



LAMA mereka berbual. Macam-macam yang di bualkan. Dari perbualan itu barulah Kaisara tahu. Rupanya Rayyan merupakan anak lelaki tunggal kepada Uminya. Ayah Rayyan sudah lama meninggal dunia.

Rayyan bekerja di kedai papan iklan. Kedai itu merupakan peninggalan arwah bapanya. Apabila Kaisara memanggilnya ‘bos’. Rayyan terus menegah. Dengan rendah diri, dia berkata yang dia bukan bos. Dia bekerja makan gaji seperti pekerja yang lain. Yang bos hanyalah Umi.

Walaupun baru kenal tapi mereka berbual seperti sudah lama kenal. Sehingga tidak terasa hamper dua jam mereka menghabiskan masa dengan bebual.

Sebelum berpisah. Rayyan sempat meninggalkan kad namanya. Dia juga sempat bergurau.

Katanya…

‘ Kalau mahu tukar papan nama kedai jangan lupa datang ke kedai i. Harga first class I bagi’ ujar Rayyan.

Bibir Kaisara terus menguntum senyuman apabila mengenangkan peristiwa petang tadi.

0 ulasan: