NUFFNANG PUNYA IKLAN

Ahad, 19 Disember 2010

kirimkan rindu bab 7

Bab 7


MALAM itu setelah pulang dari surau, Quezairy duduk di beranda rumah. Halaman rumah di pandangnya. Pokok rambutan tua dipandang. Kanangan lama menggangunya…

Dari arah atas bukit muncul sebuah basikal berwarna merah yang di tunggang oleh dua orang kanak-kanak kecil. Tiba-tiba basikal itu hilang kawalan. Dan tidak boleh berhenti. Ayie panic, dia tidak tahu mahu buat apa.

Kaisara yang sedang duduk di belakang memeluk pinggangnya erat. Takut. Basikal itu semakin laju terus melanggar pokok rambutan yang berada di halaman rumah. Kaisara terpelanting jatuh. Ayie juga begitu.

Kaisara sudah menghamburkan tangisnya yang kuat.

“ Ayie minta maaf Sara. Ayie tidak sengaja. Janganlah nangis.” Ayie cuba memujuk Kaisara. Tetapi hampa.

Tangisan Kaisara semakin kuat sehingga Pak Kadir, Mak Lijah, mama dan papa juga keluar dan mendapatkan Kaisara yang sedang menganggung sakit. Lutut dan siku Kaisara luka berdarah.

“ Macam mana kamu bawa basikal ni Ayie? Kesian Sara tahu tak!” Marah Mama.

Ayie sekadar berdiam diri. Takut mahu bersuara. Dia memandang Kaisara yang masih lagi menangis. Dia turut terasa sakit apabila melihat lutut dan siku Kaisara.

“ Ayie minta maaf… Ayie tidak sengaja.” Ujar Ayie lagi.

“ Sudah! Tak guna kamu minta maaf. Kaisara sudah luka. Kamu tahu tak1” Mama masih lagi marah.

“ Ngah, tak baik marah kan budak tu. Benda dah nak jadi. Hendak buat macam mana. Baik kita bawa Kaisara masuk.” Tegur Pak Kadir.

“ Betul tu. Sudah mari masuk.” Ujar Papa pula.

Pak Kadir mengampung badan Kaisara. Di bawanya anak itu ke dalam rumah. Tangisan Kaisara sudah mulai reda.



“ Termenung jauh?” tegur satu suara.

Ayie segera menoleh. Kelihatan abah sedang berjalan menghampirinya. Abah menatang dulang berisi dua mug.

“ Tak adalah. Cuma teringat kisah lama.”

“ Kisah apa tu? Boleh abah tahu?”

“ Alah… pasti abah tak lupa apa yang jadi masa Ayie baru-baru belajar membawa basikal.”

“ Hahaha… peristiwa tu susah abah nak lupa. Satu hari suntuk kamu kena bebel dengan mama kamu. Kalau tiada mak dengan abah pasti tiga hari tiga malam belum tentu lagi mama kamu berhenti dari membebelkan kamu.” Ujar Abah.

Ayie turut sama ketawa.

“ A,ah kan abah. Mak dan abah yang mati-matian membela saya. Mama dan papa bukan hendak membela. Lagi di marahnya saya.”

“ Itulah kamu. Tak tahu bawa. Nak bawa. Tak pasal-pasal kemalangan. Kamu tak pape. Sara yang teruk.” Sambung Abah lagi.

“ Nasib baiklah ada pokok rambutan. Kalau tidak rumahlah jadi sasaran saya. Saya boleh tidak tahu hendak berhentikan basikal macam mana.” Ujar Ayie pula.

“ Kalaulah mama kamu masih ada…” tiba-tiba suasana bertukar sayu.

“ Diam tak diam sudah sepuluh tahun mama tinggalkan saya.”

“ Tak terasakan.”

“ Iya Abah. Rindunya tetap ada.”

“ Papa kamu pula pergi lebih awal. Sudah lima belas tahun dia pergi.”

“ Esok boleh taka bah temankan saya pergi ke kubur mama dan papa?”

Mama dan papa di kebumikan bersebelahan saja. Itu permintaan mama. Dia mahu dekat dengan papa. Dan senang apabila mahu melawatnya.

“ Boleh. Abah selalu pergi ke sana. Bersihkan kubur mereka.”

“ Terima kasih abah.” Sepatutnya itu sudah tanggungjawab aku.

0 ulasan: