NUFFNANG PUNYA IKLAN

Selasa, 26 Oktober 2010

sirna kasih DELISHA (bab 3)

Iqbal menanti dengan sabar. Dia pasti Delisha akan muncul di pondok bas itu. Dia sangat pasti dan yakin kerana di pondok bas inilah buat pertama kalinya dia menegur Delisha.
            Itu pun sekadar mahu menumpangkan Delisha untuk ke sekolah. Selebihnya kerana dia begitu kasih kan Delisha sepenuh hatinya.
            Seminit. Dua minit. Delisha masih belum muncul.
Sekali lagi Iqbal pergi ke sekolah dengan perasaan hampa. Malam itu Iqbal duduk di balkoni merenung langit yang indah di terangi sinaran bintang. Dia seperti dapat melihat wajah Delisha tersenyum memandangnya.
Dia membalas senyuman itu.
“ Hoi!!!” sergah satu suara.
Terus hilang wajah ayu Delisha di langit malam.
Segera dia menoleh kearah suara itu.
“ Ish kau ni. Buat terperanjat aku je. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tidak sudah lama aku jalan.” Iqbal pura-pura marah.
“ Eleh marah konon. Suka adalah.” Perli Fareez.
Tanpa di suruh dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi rotan yang berada di balkoni bilik Iqbal. Di situ terdapat dua buah kerusi rotan dan sebuah meja kopi.
“ Kau tengok apa?” soal Fareez.
“ Tak ada papelah.” Pantas Iqbal menjawab. Tetapi matanya tak lepas memandang ke dada langit.
“ Semasa aku masuk ke bilik kau tadi, aku lihat kau sedang tersenyum-senyum. Kau senyum dengan siapa?” soal Fareez lagi.
Fareez merupakan sahabat baik Iqbal sedari kecil lagi. Mereka memang sangat akrab.
“ Mana ada aku senyum.” Iqbal cuba menafikan.
Fareez turut memandang ke dada langit. Tiada apa yang menarik minatnya untuk terus memandang ke dada langit itu. Tetapi ada sesuatu yang ingin di tanya ke pada Iqbal. Sesuatu yang begitu mengganggu fikirannya.
“ Kenapa dengan kau ni? Macam ada masalah aja.” Tegur Iqbal.
Fareez hanya mendiamkan diri. Entah kenapa dia berasa cemburu apabila melihat   Iqbal membonceng seorang perempuan. Dia tak tahu siapa perempuan itu. Tetapi dia sering juga terserempak dengan perempuan itu di sebuah restoran.
Dia mahu menegur, tapi takut. Takut di gelar jantan miang pula. Ialahkan pandai-pandai menegur. Kenal pun tidak.
“ Ei kau ni jangan membazir air liur aku boleh tak? Aku Tanya jawab lah.” Tegur Iqbal. Penat dia menanya. Tak juga di jawab. Boleh pula Si Fareez ni berangan. Tah papae je lah.
“ Emm.. emm..” Fareez masih teragak-agak mahu bertanya atau pun tidak.
“ Emm.. emm… emm..apa? kau ni. Kenapa?” tegur Iqbal lagi.
Eh budak ni sudah kenapa? Emm…emm… cakap tak juga. Apa agaknya masalah si Fareez ni.
“ Hari tu aku ada ternampak kau bawak seorang awek. Siapa tu?” Luah Fareez akhirnya.
Iqbal tersentak. Awek? Dia nampak ke?
“ Awek? Awek mana ya?”  soal Iqbal pura-pura tidak tahu.
“ Alah kau tak payah nak berdalih lagilah. Aku Tanya jawablah. Siapa perempuan yang kau tumpang kan ke sekolah?” soal Fareez sedikit keras. Itulah nak tahu sangat. Bila aku dah beritahu terkejut pula.
“ Kau silap orang kot. Aku mana pernah tumpangkan perempuan naik motorsikal aku ni.” Dalih Iqbal lagi.
“ Kau jangan nak tipu aku. Mata aku tak rabun lagi ya. Aku nampak lah kau bawak anak tauke restoran nasi ayam tu.” Ujar Fareez lagi.
Iqbal jadi serba salah. Macam mana Fareez boleh nampak ni.
“ Ya. Aku mengaku memang aku ada tumpangkan dia. Kebetulan sangat aku lalu dan aku lihat dia masih lagi tunggu teksi. Sedangkan hari dah lewat untuk ke sekolah. Kesian pula aku melihatnya. Dari pada dia terlambat lebih baik aku tumpangkan saja. Betul tak?”
Terang Iqbal panjang lebar. Biar lah Fareez nak fikir apa pun. Yang penting niatnya ikhlas mahu menumpangkan Delisha tempoh hari.
“ Kau tak ada niat lain kan?” soal Fareez lagi.
‘Lain macam ja budak ni. Dia siapa nak Tanya aku macam tu. Macam lah aku ni jahat sangat.’ Desis Iqbal.
“ Eh kau ni. Pelik aja aku dengar. Kenapa dengan kau ni?”
“ Tak ada apa lah. Boleh aku tahu siapa nama budak tu?”
“ Untuk apa kau nak tahu?”
“ Saja…”
“ Beri aku sebab musabab. Kenapa kau nak tahu.”
“ Alah kau ni. Banyak soal lah. Jawab aja lah. Aku Cuma nak tahu je. Lagi pun aku selalu terserempak dengannya di Restoran nasi ayam tu.” Ujar Fareez.
“ Okey. Em… nama dia Delisha Nazmeen Zakri.”
“ Em… cantiknya nama. Secantik orangnya.” Puji Fareez selamba.
“ Eh melebih pulak kau.” Marah Iqbal.
Kenapa dia nak marah pula? Cemburu?
‘ Ya aku cemburu. Aku tak suka ada lelaki lain yang memuji perempuan idaman aku itu. Hanya mulut aku saja yang layak memuji dia.’
“ Cemburu nampak. Tak salah kan aku puji dia cantik. Lagi pula dia bukan siapa-siapa dengan kau.?” Tutur Fareez selamba.
“ Kau jangan nak mengada ya. Kau tahu aku ada hati dekat dia kan. Kau jangan nak kacau ya.”
“ Eh eh kau ni. Aku tahu dia tak suka kan kau. So aku masih ada peluang lagi untuk merebut hatinya. Betul tak?” ujar Fareez sengaja menyakitkan hati Iqbal.
Entah kenapa sejak kecil. Walaupun dia dan Iqbal sahabat baik. Dia suka merebut apa yang Iqbal suka. Tak tahu kenapa.
“ Kau ni. Malas aku nak kabo lagi. Lantak mu lah.” Marah Iqbal.
“ Haha..! marah ya? Tak ada lah. Aku saja je cakap macam tu. Nak uji, betul ke kau suka kan budak De.. de apa tadi kau cakap?”
“ Delisha.” Laung Iqbal sedikit marah.
“ Haha.. sudah-sudah, aku tak akan ambil dial ah. Aku tahu sahabat baik aku ni dah jatuh cinta dekat budak Delisha tu.” Perli Fareez.
Iqbal tersenyum mendengar kata-kata Fareez itu. Tetapi ada kebimbangan di dalam hatinya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

ayat yang lebih gramatis lebih menghairahkan untuk di baca.
Selainnya adalah baik keseluhuruannya.