NUFFNANG PUNYA IKLAN

Selasa, 26 Oktober 2010

sirna kasih DELISHA (bab 1)

Kesepian malam kian terasa. Bulan dan bingtang bertaburan di langit, terus setia menemani malam. Di  kedinginan malam masih ada hati yang resah.
            Mata Delisha masih galak enggan lelap walau telah puas di pujuk. Delisha bingkas bangun menuju ke meja dalam cahaya lampu yang samar. Bayu malam menyapa lembut wajah Delisha. Dingin terasa menggit kulit Delisha yang halus.
            Delisha seorang gadis yang ketandusan kasih sayang dari kedua ibu dan bapanya. Semenjak kedua ibu dan bapanya bercerai, hidup Delisha berubah. Bapanya jarang menemuinya, masanya hanya dihabiskan untuk Zayyan. Ibu pula sentiasa sibuk dengan restorannya.
            Tugas memasak, mengemas rumah dan segala tugasan di rumah di serahkan kepada Mak Yah iaitu pembantu di rumahnya.
            Ring!!!
            Bunyi jam lonceng mengganggu lena Delisha. Walaupun masih mengantuk Delisha memaksa dirinya untuk bangun. Dia tidak mahu terlambat lagi ke sekolah. Dia sudah muak mendengar kata-kata sindiran dari Suhana, iaitu pengawas di sekolahnya.
            Setelah bersiap, Delisha bergegas ke bilik Darwish. Sudah menjadi kebiasaannya, setiap pagi mengejutkan adiknyayang berada di darjah empat untuk pergi ke sekolah. Sambil menunggu adiknya, Delisha bergegas turun ke dapur.
            “ Selamat pagi Mak yah.” Sapa Delisha setelah terpandang Mak yah yang sedang mengemas meja makan.
            “ Selamat pagi. Kamu nak makan? Hari ni Mak yah masak nasi goring je.”
            Delisha sekadar mengangguk. Dia mengambil pinggan lalu di suakan kearah Mak Yah. Mak Yah yang faham tanda isyarat itu terus mengambil pinggan dari tangan Delisha lalu di masukkan sesenduk nasi goreng.
            “ Kamu tak payah tunggu Darwish. Nanti kamu terlambat lagi untuk ke sekolah.” Usul Mak Yah.
            Dia tahu sudah selalu sangat Delisha di denda akibat datang lambat ke sekolah.
            “ Okeylah kalau macam tu. Lagi punsaya Sudah siap ni. Biar saya pergi dulu. Nanti terlambat pulak.” Delisha bersetuju dengan cadangan Mak Yah.
            Mana ni? Sudahlah tertinggal bas, teksi pula langsung tak Nampak. Nampaknya hari ini aku kena denda lagilah ni. Dan si Suhana bersorak gembira apabila melihat aku lambat lagi.
            Skrettt!!!
            Muncul sebuah motorsikal RXZ milik seseorang yang sangat di kenali Delisha.
            “ Hai mahu tumpang?” lelaki itu menegur ramah.
            Delisha memalingkan muka ke arah lain. Pura-pura tidak dengar pelawaan dari lelaki itu. Kalau di layan nanti makin menjadi-jadi pula si Iqbal ini. Siapa yang tidak kenal Iqbal Hakimi. Seorang lelaki yang punya ramai peminat, salah seorangnya ialah Suhana.
            “ Awak sedar tak, sikap sombong awak ni boleh buat awak lambat dan akan di denda. Saya mahu tumpangkan ni sudah kira bagus tau.” Iqbal cuba memancing Delisha supaya menumpang motorsikalnya.
            Delisha hanya membisu. Dia tidak mahu mempedulikan kata-kata Iqbal. Walaupun ada kebenarannya dia sudah terlambat.
            “ Naik motor ni?” soal Delisha.
            Iqbal sekadar mengguk sedikit.
            Dia tidak terfikir yang dia akan naik motorsikal itu bersama-sama Iqbal. Sudah pasti satu sekolah akan bergosip apabila melihat dia naik satu motorsikal bersama Iqbal.
            “ Sudah tak payah fikir panjang. Naik cepat. Nanti saya pula yang terlambat. Cepat naik.”  Suruh Iqbal.
            Tanpa banyak soal Delisha hanya menurut kemahuan Iqbal. Bukannya apa, dia tidak mahu di denda lagi.

0 ulasan: