NUFFNANG PUNYA IKLAN

Selasa, 26 Oktober 2010

Prolog

Nafaz yang di tahan sejak mendengar khabar dari mulut sahabat baik di depannya membuatkan Hamimah semput. Dia sama sekali tidak menyangka Zalifah sanggup menikamnya dari belakang.
            “ Aku tidak sangka engkau sanggup mengkhianati persahabtan yang telah kita bina bertahun-tahun lamanya. Apa sudah tiada lelaki lain lagi ke yang boleh kau jadikan suami?”
            Hamimah melepaskan geram yang terbuku didadanya. Sahabat yang menjadi tunggak belakangnya telah menikam dari belakang.
            “ Maafkan aku Mimah, aku tidak menyangka sehingga begini jadinya. Engkau terlalu sibuk dengan restoran sehingga engkau lupa yang engkau punya suami yang perlukan kasih sayang dan perhatian.”
            Zalifah cuba membela diri. Dia tidak mahu terus-terusan di persalahkan.
            Zakri hanya diam membatu. Tidak mahu menangkan sapa. Yang sorang isteri yang sorang lagi bakal isteri. Jalan yang terbaik hanyalah mendiamkan diri.
            “ Haa! Abang kenapa berdiam diri saja? Mimah mahukan keputusan sekarang juga. Sama ada abang pilih Mimah atau Zalifah!”
            Tegas sekali tutur kata yang keluar dari mulut Hamimah. Baginya sudah tiada guna terus mengharap pada suami yang tak guna seperti Zakri.
            Zakri kebingungan. Dia tidak sanggup melepaskan Hamimah. Dan dalam masa yang sama dia juga tidak sanggup kehilangan Zalifah.
            “ Abang dengar taka pa yang saya cakap ni?”Hamimah meninggikan suara apabila pertanyaannya tidak di jawab oleh sang suami.
            “ Abang berada di persimpangan. Kalau abang pilih Zlifah, bagaimana pula dengan Mimah? Anak-anak lagi? Tapi kalau abang pilih Mimah, bagaimana pula dengan Zlifah? Hubungan kami sudah terlalu jauh. Abang harus bertanggungjawab ke atas apa yang telah abang lakukan pada Zalifah.”
            Akhirnya terluah juga segala yang di pendam. Zakri betul-betul di dalam di lema. Dia mahukan ke dua-duanya…
            “ Abang! Sampai hati abang buat Mimah macam ni? Apa abang dan Zal tidak kenal erti dosa lagi ke?” melenging suara Hamimah.
            “ Sebelum terjadi apa-apa yang tidak di ingini, aku merayu pada engkau Mimah. Aku sayangkan Abang Zakri. Aku tak sanggup kehilangannya. Sudah lama kami berkubang dengan dosa. Izinkanlah kami menyuci dosa-dosa yang terpalit di tubuh kami ini dengan bernikah. Aku merayu pada engkau Mimah.”
            Ya allah, apa harus aku lakukan. Jika ini suratan takdir darimu aku redha. Biarlah aku yang mengundurkan diri.
            “ Baiklah jika ini jalan yang abang pilih, Mimah redha. Mimah melepaskan abang pergi. Hal anak-anak biar Mimah yang uruskan. Mimah tidak akan melarang abang untuk berjumpa dengan anak-anak. Abang boleh menikahi Zalifah.”
            Bersama ayat terakhir itu, Hamimah berlalu pergi dengan sekeping hati yang hancur di robek oleh sahabat baik dan suami yang di sanjung selama ini.

Segala persiapan telah di buat. Malam itu sah sudah perhubungan Zalifah dan Zakri sebagai pasangan suami isteri. Majlis yang berlangsung dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan di sambut sederhana. Selepas majlis akad nikah berlangsung, di turuti pula majlis makan-makan.
            “ Zal berbangga akhirnya Zal dapat memiliki abang sepenuhnya.” Tutur Zalifah kepada sang suami ketika mereka berada di dalam kamar beradu mereka. Zakri yang berbaring di sisi hanya tersenyum bahagia.
            “ Abang juga begitu sayang.”
            Mereka tersenyum bahagia. Tanpa mereka sedari masih ada hati yang terluka di atas pernikahan mereka.

0 ulasan: