NUFFNANG PUNYA IKLAN

Selasa, 26 Oktober 2010

sirna kasih DELISHA ( bab 2)

Tepat jangkaan Delisha. Heboh satu sekolah bergosip dan mengata tentang dirinya dan Iqbal. Delisha hanya memekakkan telinga itu yang terbaik. Dia sedar sejak tersebarnya gossip itu ramai peminat Iqbal mulai membencinya.
            “ Hai Sha! Termenung Nampak. Teringat kat Iqbal ke?”
            Tegur Ain apabila melihat temannya itu sedang termenung.
            “ Banyaklah teringat kat Iqbal. Dia bukan ada kena mengena dengan aku pun.” Delisha menjawab marah.
            “ Macam lah aku tak tahu. Sudah heboh satu sekolah engkau naik satu motorsikal dengan Iqbal. Haa… aku tahu. Korang couple kan.” Ain masih lagi serkap jarang.
            “ Kau pu hendak jadi macam dia orang juga ke?”
            “ Jadi apa Sha?”
            “ Ya aku mengaku memang aku ada naik satu motor dengan Iqbal. Tapi itu semua kebetulan saja. Hari itu aku ketika aku sedang menunggu teksi di tempat biasa tiba-tiba Iqbal muncul dan mengajak aku tumpangnya saja. Lagi pula waktu itu aku dah tak sempat nak ke sekolah. Dah lambat sangat. Mula-mula memang aku tak mahu, tapi bila fikirkan yang aku akan terlambat. Itu yang aku bersetuju saja. Tapi tak sangka begini jadinya.”
            Delisha menerangkan akan duduk perkara sebenar.
            “ Yeke? Boleh percaya?” Ain masih ragu-ragu.
            “ Aku cakap yang benar. Terpulang sama ada engkau nak percaya atau tidak. Kau pun tahu yang aku ni tak berminat sangat dekat Iqbal tu.”
            “ Aku percaya lah cakap engkau. Saja nak menduga engkau. Haha…” Ain sudah menghamburkan tawanya.
            “ Ish kau ni, aku ingat tadi betul-betul lah kau tak percayakan aku.” Delisha pun ikut sama ketawa.
            “ Amboi-amboi seronoknya kau orang berdua. Ada apa-apa ke?”
            Tegur satu suara.
            Tawa Delisha terus mati. Dia kenal suara itu. Iqbal!
            “ Tak ada apa-apa lah. Saja ketawa teringat kan buaya yang popular sangat di sekolah kita ini.”
            Ain menjawab selamba.
            Merah padam muka Iqbal mendengar kata-kata sindiran yang keluar dari mulut Ain. Suhana yang sentiasa berada di samping Iqbal menarik tangan Iqbal supaya menjauh dari Delisha dan Ain.
            “ Kenapa dengan awak ni? Yang gatal sangat hendak tegur dia tu kenapa?” Suhana sudah menghamburkan marahnya.
            Semenjak gossip Iqbal dan Delisha tersebar, Suhana terus memasang perasaan benci terhadap Delisha. Baginya tiada seorang perempuan pun yang boleh mendampingi Iqbal selain dirinya.
            “ Suka hati saya lah hendak menegur siapa pun. Awak bukan girlfriends saya pun. Kita hanya kawan.faham?” Tengking Iqbal.
            Iqbal melepaskan marahnya kepada Suhana. Baru sekejap tadi mendengar kata-kata sindiran dari  Ain, sekarang Suhana pula membentak-bentak dirinya.
            Dengan hati yang membuku marah. Suhana berlalu pergi.
            “ Apa lagi, pergilah kejar awek kau tu.” Ain bersuara setelah Suhana pergi.
            Delisha buat tidak tahu saja. Malas mahu melayan. Dia perasan Iqbal asyik melirik mata ke arahnya.
            “ Saya nak berkawan dengan awak boleh?” soal Iqbal.
            “ Maaf lah Iqbal. Kawan aku ni anti lelaki.” Ain sengaja menyakat.
            Delisha menjeling. Lebih-lebih pula perempuan ni. Aku tak cakap pe pun. Dia boleh pula bilanga aku anti lelaki.
            Iqbal hampa. Tak sangka pula Delisha anti lelaki. Tetapi kenapa hari tu dia setuju tumpang aku.
            “ Tak apalah…” Iqbal berlalu dengan hati yang hampa.

0 ulasan: